‘Payung Teduh’ berkolaborasi bersama ‘Sore’ dalam Konsert anjuran Neptune Presents

Bertempat di Mega Star Arena, Kuala Lumpur, telah berlangsungnya Konsert Senandung Malam – Payung Teduh X Sore pada sabtu yang lalu. Hampir 4,000 penonton telah meraikan kejayaan konsert tersebut.

Pelakon yang juga menjadi jurucakap untuk Neptunes Present, Nabila Huda, penuh rasa syukur dan kegembiraan menyambut sambutan luar biasa yang terus mengalir walaupun acara ini kini memasuki edisi ketiga.

Konsert itu  dimulakan dengan persembahan Sore yang membawakan sebanyak 21 lagu termasuk lagu hit yang berjudul Karolina, Pergi Tanpa Pesan, Mata Berdebu, Somo Libres dan Setengah Lima.

Payung Teduh pula menampilkan 17 lagu popular yang dipetik daripada album Dunia Batas, Ruang Tunggu, Mendengar Suara termasuk album terbaharu, Datang.

Pada malam yang meriah itu, dimeriahkan dengan persembahan istimewa dari Noh yang juga vokalis Hujan menerusi lagu Angin Kencang termasuk lagu yang dipopularkan Sore iaitu Musim Ujan daripada album Sorealist.

Penyanyi undangan Parade Hujan iaitu Ernie lagi menghangatkan suasana apabila mereka menyanyikan lagu Mari Bercinta dan Berdua Saja dalam konsert tersebut.

Atilia juga tidak ketinggalan menghibur penonton menerusi lagu popularnya, Silly Little Thing.

Pada tahun lalu, Payung Teduh menggegarkan pentas Zepp Kuala Lumpur dengan persembahan memukau mereka. Kumpulan ini diketuai oleh Comi Aziz Kariko, pemain bass berbakat, bersama-sama dengan Alejandro Saksakame (dram) dan Ivan Penwyn (gitar). Menariknya, dalam susunan kumpulan ini juga terdapat bekas vokalis Payung Teduh, Mohammad Istiqamah Djamad, yang kini dikenali dengan nama seninya, Pusakata.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *