OPPO Reno14 Dah Launch!Siap Dengan Tawaran Sampai RM2,396!

OPPO Malaysia telah melancarkan siri telefon pintar terbaru mereka, OPPO Reno14 Series, di OOO Music Festival yang berlangsung meriah di Heritage Valley, Kuala Lumpur. Acara ini dianjurkan bersama Warner Music Malaysia dan menarik ribuan peminat muzik serta teknologi. Pengunjung menikmati persembahan bertenaga daripada artis popular seperti Masdo, Steady Gang, Priscilla Abby, dan Iman Troye, sambil merasai sendiri kehebatan Reno14 Series.

Terdapat tiga model diperkenalkan Reno14 Pro, Reno14, dan Reno14 F yang menampilkan reka bentuk berkilau serta teknologi terkini. Reno14 Pro, dijual pada harga RM2,999, hadir dengan memori 12GB dan storan 512GB, dalam warna Opal White dan Titanium Grey. Reno14 pula tersedia dalam dua pilihan: versi 12GB + 512GB pada harga RM2,599 (warna Opal White) dan versi 12GB + 256GB berharga RM2,199 (warna Luminous Green). Bagi model bajet mesra pengguna, Reno14 F ditawarkan dalam versi 12GB + 512GB dengan harga RM1,799 (warna Opal Blue dan Luminous Green), serta versi 12GB + 256GB pada harga RM1,599, dengan pilihan warna Opal Blue, Luminous Green, dan Glossy Pink.

Model tertinggi, Reno14 Pro, dilengkapi cip MediaTek Dimensity 8450 yang memberikan pengalaman penggunaan lancar, bateri tahan lama dan ciri AI Flash untuk hasil gambar yang jelas walaupun dalam keadaan cahaya rendah atau pergerakan laju. Reno14 dan Reno14 F pula menawarkan prestasi pintar dan ciri kamera kreatif pada harga lebih berpatutan. Semasa festival, pengunjung mencuba zon pengalaman interaktif OPPO dan merakam gambar malam yang memukau dengan Reno14. Festival ini turut diserikan dengan gerai makanan dan barangan buatan tempatan.

OPPO akan meneruskan sambutan ini melalui roadshow Reno14 Series di Centre Court, Pavilion Kuala Lumpur dari 2 hingga 6 Julai 2025. Pelawat boleh mencuba Reno14 secara langsung, menikmati persembahan artis seperti Lin Min-Chen, Phei Yong, Bunga, FUGO dan Empty Page, serta mendapatkan hadiah percuma dan tawaran istimewa.

Pelanggan yang membeli Reno14 Series dari sekarang hingga 12 Julai berpeluang menikmati tawaran eksklusif bernilai hingga RM2,396, termasuk perlindungan cecair dan skrin selama setahun (bernilai sehingga RM1,698), jaminan pelbagai negara (RM169), rebat tunai dan pelbagai hadiah tambahan. Pembeli Reno14 Pro akan menerima rebat RM200 dan aksesori percuma bernilai RM329. Pembeli Reno14 akan dapat rebat RM150 dan OPPO Enco Buds3 bernilai RM129, manakala pembeli Reno14 F akan menerima rebat hingga RM150 bersama kotak hadiah Reno14 Series bernilai RM129. Untuk maklumat lanjut, layari: https://www.oppo.com/en/events/reno14-series-launch/Tehtariktimes