Malaysia kini berada di ambang menjadi sebuah negara menua, dengan warga emas dijangka merangkumi 15.3% daripada jumlah penduduk menjelang 2030 dan seorang daripada lima warganegara diklasifikasikan sebagai warga emas menjelang 2040. Perubahan demografi ini turut memberi kesan besar kepada sistem kesihatan negara dengan peningkatan kes penyakit tidak berjangkit (NCD) serta masalah degeneratif yang semakin ketara.
Prihatin dengan cabaran ini, Pusat Perubatan Sunway Velocity (SMCV) tampil memperkenalkan inisiatif baharu untuk memperluaskan akses rawatan serta prosedur pembedahan penting buat warga emas. Usaha ini bertujuan membantu mereka mengekalkan kesihatan, meningkatkan mobiliti, dan kembali berdikari, di samping meringankan beban penjagaan yang dipikul keluarga serta komuniti.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) SMCV, Susan Cheow, status negara menua bukan sekadar cabaran, tetapi tanggungjawab yang perlu digalas oleh pelbagai pihak. Beliau menegaskan bahawa SMCV komited menyediakan solusi yang memberi keyakinan kepada warga emas dan keluarga melalui rawatan yang tepat pada masanya serta sokongan berterusan.

Antara isu utama yang dihadapi warga emas ialah kelewatan mendapatkan rawatan, sama ada disebabkan kekangan kewangan atau kurang pengetahuan mengenai rawatan yang tersedia. Hal ini sering membawa kepada komplikasi yang lebih serius seperti penyakit jantung, strok, osteoartritis, batu karang, dan hernia yang boleh menjejaskan kualiti hidup pesakit.
Bagi mengatasi cabaran tersebut, SMCV memperkenalkan program Golden Hands for Golden Care bermula 10 September hingga 10 November 2025. Program ini menawarkan pakej rawatan serta pembedahan terpilih untuk warganegara Malaysia berusia 60 tahun ke atas yang membayar sendiri, dengan fokus kepada prosedur berkaitan penyakit usia. Matlamatnya adalah untuk memulihkan kesihatan dan memastikan warga emas dapat kembali menjalani kehidupan seharian secara lebih berdikari.
Pengarah Perubatan SMCV, Dr Wee Tong Ming, menegaskan kepentingan rawatan segera bagi warga emas. Katanya, pembedahan atau prosedur yang dilakukan lebih awal meningkatkan peluang pemulihan yang cepat dan membantu pesakit mengekalkan keupayaan diri.
Selain rawatan pembedahan, SMCV turut memberi tumpuan kepada pemulihan pasca strok melalui sokongan pemulihan motor, pertuturan, dan kognitif agar pesakit dapat kembali aktif dalam kehidupan seharian.
“Di SMCV, penjagaan kesihatan bukan hanya tentang merawat penyakit, tetapi juga memulihkan keyakinan warga emas untuk terus terlibat dalam kehidupan bersama keluarga dan masyarakat,” tambah Susan.
Program ini diharap dapat menjadikan penjagaan kesihatan berkualiti lebih mudah dicapai oleh warga emas, seiring dengan komitmen SMCV dalam memperkukuh sokongan kepada masyarakat yang memasuki fasa penuaan. Untuk maklumat lanjut, pesakit boleh melayari laman rasmi Golden Hands for Golden Care atau berkunjung ke SMCV bagi berunding dengan pakar perubatan yang terlibat.
Pusat Perubatan Sunway Velocity terletak di Lingkaran SV, Sunway Velocity. Sebarang pertanyaan boleh diajukan melalui talian +603 9772 9191 atau emel smcv-enquiry@sunway.com.my. Maklumat lanjut juga boleh diperoleh di laman sesawang rasmi www.sunwaymedicalvelocity.com.my.