Menara Kuala Lumpur Perkenal Maskot “Kay Elle” , Sertai Pertandingan Cipta Rakan Ikonik Baharu!
Menara Kuala Lumpur kini memperkenalkan maskot terbarunya, “Kay Elle”, yang comel, mesra dan penuh semangat Malaysia. Sempena pelancarannya, Menara KL mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menunjukkan kreativiti melalui Pertandingan Rekaan Maskot “Befriend Kay Elle”.
Pemenang berpeluang mencipta rakan baharu Kay Elle yang akan menjadi maskot rasmi, sebahagian daripada koleksi cenderamata eksklusif, dan diabadikan sebagai sebahagian dunia Kay Elle.
Hadiah Menarik Menanti Anda
RM2,000 wang tunai
Pas masuk setahun ke Menara KL
Maskot ciptaan anda dijadikan cenderamata rasmi
Pakej cenderamata eksklusif Menara KL
Cara Sertai Pertandingan
- Reka satu maskot untuk menjadi sebahagian “Friend Pack Kay Elle”.
- Tulis cerita ringkas tentang watak tersebut (nama pereka, personaliti, dan peranan maskot).
- Hantar penyertaan melalui Google Form: Klik di sini.
Tarikh tutup penyertaan: 30 Ogos 2025
Terbuka kepada semua rakyat Malaysia.
Tentang Kay Elle
- Nama penuh: Kay Elle
- Debut: 5 Ogos 2025
- Personaliti: Mesra, suka mengembara, bangga dengan warisan Malaysia
- Melambangkan: keramahan rakyat Malaysia, kepelbagaian budaya, dan semangat perpaduan
- Misi: Menyambut pelawat dari seluruh dunia, berkongsi kisah Menara KL, dan menyebarkan semangat Malaysia ke pentas global.
- Fakta menarik: Nama “Kay Elle” diambil daripada singkatan mesra “KL” untuk Kuala Lumpur.
Kata CEO Menara KL
“Kay Elle bukan sekadar maskot — ia adalah simbol keramahan, warisan, kepelbagaian dan semangat rakyat Malaysia. Kami menjemput semua untuk bersama mencipta rakan baharu Kay Elle yang bakal menjadi ikon di dalam dan luar negara.” – Tehtariktimes