Magnum dan KLFW Satukan Dunia Fesyen dengan Nikmat Kemewahan

Jenama aiskrim terkenal, Magnum, meraikan kolaborasi pertamanya dengan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) melalui hasil karya dari dua jenama tempatan, SHALS dan Tact, yang diinspirasikan oleh kelazatan aiskrim Magnum. Kerjasama ini menyatukan kenikmatan dan fesyen dengan sempurna, memaparkan kreativiti dan keanggunan di pentas peragaan.

Penampilan pertama Magnum di pentas KLFW melambangkan sambutan terhadap kreativiti, keanggunan, dan pencarian kenikmatan sejati. Kolaborasi ini menonjolkan gabungan ideal antara ‘glamor’ dan kemewahan, selaras dengan semangat Magnum untuk mencipta pengalaman terbaik.

“Di Magnum, kami sentiasa berusaha untuk menyampaikan pengalaman yang melampaui batas bagi menawarkan kenikmatan sebenar. Kami sangat teruja untuk membawa kolaborasi pertama ini kepada para pencinta kenikmatan di Malaysia. Pertemuan antara Magnum dan dunia fesyen adalah penyatuan sempurna antara kenikmatan dan gaya,” kata Pengurus Jenama Ais Krim Magnum Malaysia, Leow Chi Shen.

Pengasas SHALS, Shalma Ainaa, yang terkenal dengan rekaannya yang selesa, anggun, dan bergaya, turut berkongsi pandangannya. “Kolaborasi ini adalah satu perjalanan yang penuh semangat dan inovasi. Menerapkan semangat Magnum ke dalam fesyen adalah satu pengalaman yang sangat mengujakan, kerana ia mendorong kami untuk meneroka dimensi baru yang mengangkat gaya dan kenikmatan,” ujarnya.

Ridduan Ttfga Ismail, pengasas Tact yang terkenal dengan pendekatan minimalis, turut menggemari kolaborasi ini. “Dedikasi Magnum terhadap kenikmatan sejajar dengan falsafah reka bentuk kami. Saya berbesar hati untuk menterjemahkan semangat kembara jenama itu ke dalam fesyen,” katanya.

Pengasas Kuala Lumpur Fashion Week, Andrew Tan, menyatakan, “Kerjasama ini mewakili kreativiti dan kemewahan. Kami di KLFW sentiasa meraikan kreativiti dan kesenian. Kini, kami teruja untuk menyampaikan pengalaman deria yang unik dan serasi dengan penonton kami, dengan menggabungkan dunia fesyen dengan nikmat kemewahan.”

Kolaborasi dengan KLFW melambangkan pencapaian penting bagi Magnum, menegaskan komitmen jenama terhadap pengalaman premium dan kualiti. Ini juga menunjukkan dedikasi berterusan Magnum untuk menginspirasi kreativiti dan keseronokan dalam setiap pengalaman, dipandu oleh semangat “True to Pleasure”.

Untuk memeriahkan lagi acara ini, Magnum memperkenalkan perisa baharu, Magnum Mango Yoghurt Parfait, yang akan tiba di Malaysia tidak lama lagi. Perisa ini menggabungkan tekstur yogurt yang lemak berkrim dengan kemanisan tropika mangga, menawarkan pengalaman mewah yang mengujakan dan pasti memikat selera.

Kolaborasi ini menandakan satu titik tolak dalam perjalanan Magnum, menggabungkan dua dunia yang berbeza. Kenikmatan aiskrim dan fesyen menjadi satu pengalaman yang luar biasa, menambahkan lagi dimensi baharu kepada jenama yang sentiasa mengejar kesempurnaan dalam setiap gigitan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *