MACKLEMORE BAKAL GEGAQ AFTER RACE FEST 2024 SEPANG, SEPENTAS DENGAN ELLA DAN SMASH MOUTH

MotoGP™️ Malaysia 2024 bukan sahaja akan menyaksikan deruman enjin pelumba-pelumba terkemuka dunia, tetapi juga disertai dengan ledakan muzik yang luar biasa melalui AFTER RACE FEST!

Acara ikonik ini bakal menyatukan nama-nama besar dari dunia muzik antarabangsa dan tempatan, yang menjanjikan hiburan luar biasa pada 3 November 2024 di PETRONAS Sepang International Circuit (SIC).

Salah satu tarikan utama festival ini adalah kehadiran rapper terkenal Amerika Syarikat, Macklemore, yang akan tampil sebagai headliner dalam festival ini. Macklemore, yang terkenal dengan lagu-lagu hit seperti “Thrift Shop” dan “Can’t Hold Us”, bakal memukau ribuan pengunjung dengan persembahan energatiknya. Kehadiran beliau di AFTER RACE FEST sememangnya dinantikan ramai, apatah lagi selepas pelancaran single terbarunya, “Hind’s Hall 2”—kolaborasi bersama rapper Palestin MC Abdul dan artis Amerika-Palestin lain.

Tidak hanya tertumpu pada Macklemore, Ella, Ratu Rock Malaysia, akan memberikan sentuhan patriotik apabila dipilih untuk menyanyikan Negaraku sempena pembukaan MotoGP™️ Malaysia. Ini adalah pengiktirafan besar buat Ella, yang dikenali dengan karier muzik yang penuh gemilang dan dihormati di Malaysia serta rantau Asia.

Selepas mempersembahkan Negaraku, Ella akan menyertai pentas bersama Smash Mouth dan artis-artis hebat lain dalam persembahan eksklusif di AFTER RACE FEST. Penonton pasti akan terpukau dengan gabungan suara Ella yang garang tetapi penuh emosi, memberikan sentuhan rock yang sukar ditandingi.

Race

“Saya amat teruja dengan peluang ini. Bukan sahaja diberi penghormatan menyanyikan Negaraku, tetapi juga berpeluang berkongsi pentas dengan artis antarabangsa seperti Macklemore dan Smash Mouth. Saya tidak sabar untuk bertemu peminat di AFTER RACE FEST,” ujar Ella penuh semangat.

AFTER RACE FEST 2024 menjanjikan pengalaman yang tiada tandingan dengan kehadiran Smash Mouth, band rock alternatif yang terkenal dengan lagu “All Star” dan “I’m a Believer”. Kehadiran mereka dalam Segment Let’s Rock bakal menggegarkan pentas dengan alunan rock yang pasti memikat hati penonton dari pelbagai generasi.

Selain itu, Nidji dan Feel Koplo dari Indonesia turut diundang untuk menghangatkan suasana dalam Segment Healing, di mana mereka akan mengalunkan melodi-melodi popular mereka yang menjadi kegemaran peminat di seluruh Asia Tenggara. Bersama-sama dengan artis tempatan seperti 6ixth Sense dan DE FAM, AFTER RACE FEST sememangnya akan dipenuhi dengan bakat muzik terbaik.

Selain persembahan muzik yang hebat, AFTER RACE FEST juga akan menampilkan pertunjukan drone yang kreatif serta bunga api sebagai penutup epik. Ini menambah lagi elemen hiburan visual yang luar biasa, menjadikan festival ini bukan sekadar tentang muzik, tetapi juga mengenai pengalaman menyeluruh yang unik.

Pengunjung boleh menantikan suasana penuh energi dan keseronokan, bermula dari pukul 4 petang di Helipad, PETRONAS Sepang International Circuit, di mana mereka akan disajikan dengan pelbagai persembahan muzik mengikut segmen yang telah diatur.

Tiket untuk AFTER RACE FEST kini boleh didapati pada harga RM550, dan peminat boleh mendapatkan tiket ini dengan kod promosi PayLater by GRAB. Peminat yang ingin merasai pengalaman penuh MotoGP™️ dan hiburan musik antarabangsa ini dinasihatkan untuk segera mendapatkan tiket sebelum kehabisan.

AFTER RACE FEST bukan hanya sekadar festival muzik, tetapi ia juga merupakan sebuah penghargaan kepada peminat MotoGP™️ dari seluruh dunia yang berkumpul di Malaysia untuk menyaksikan perlumbaan yang mendebarkan, diikuti dengan keraian muzik yang penuh bertenaga.

Dengan gabungan perlumbaan berkelajuan tinggi di trek SIC dan hiburan muzik dari nama-nama besar di pentas AFTER RACE FEST, MotoGP™️ Malaysia 2024 bakal mencipta kenangan yang tak terlupakan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi sebahagian daripada sejarah ini!

Temui kami di PETRONAS Sepang International Circuit pada 3 November ini, untuk satu pengalaman MotoGP™️ yang luar biasa bersama AFTER RACE FEST!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *