Kuala Lumpur, 12 Jun 2026 – Platform penstriman popular Tonton sekali lagi mencuri perhatian dengan pelancaran kempen ganjaran terbesar dalam sejarahnya menerusi program “Tonton Non Stop, On Top!”, yang menawarkan pelbagai hadiah lumayan bernilai lebih RM700,000 kepada pelanggan setianya. Kempen yang berlangsung dari 15 Jun hingga 9 Ogos 2026 ini memberi peluang kepada pengguna untuk mengumpul mata hanya dengan menonton kandungan terpilih di platform tersebut.
Antara hadiah utama yang menjadi rebutan termasuk sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo serta dua buah TQ Wuling Bingo EV. Selain itu, peserta juga berpeluang memenangi 70 unit telefon pintar Oppo dan 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu, menjadikan kempen ini antara yang paling menarik pernah dianjurkan oleh Tonton.
Sepanjang tempoh kempen, seramai 298 pemenang akan diumumkan pada setiap kitaran dua minggu. Pemenang akan dipilih dalam beberapa kategori termasuk Hadiah Utama, Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas. Menariknya, sistem kutipan mata dan kedudukan peserta akan ditetapkan semula pada penghujung setiap kitaran bagi memastikan lebih ramai pelanggan berpeluang untuk meraih kemenangan.
Untuk menyertai kempen ini, pengguna hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga bulan atau 12 bulan. Selepas itu, mereka boleh mula mengumpul mata menerusi aktiviti penstriman drama dan kandungan terpilih. Semakin lama masa yang diluangkan untuk menonton, semakin tinggi peluang untuk meningkatkan kedudukan dalam carta dan membawa pulang hadiah yang ditawarkan.

Bagi mereka yang ingin mempercepatkan kutipan mata, Tonton turut menyediakan peluang memperoleh mata bonus tanpa had menerusi pembelian Tonton Subscription Gifts untuk ahli keluarga dan rakan-rakan. Setiap hadiah langganan tiga bulan menawarkan 100 mata bonus, manakala hadiah langganan 12 bulan memberikan 400 mata bonus kepada pengguna.
Lebih mengujakan, kempen ini turut memperkenalkan ciri Turboost yang membolehkan pengguna menikmati mata berganda secara automatik pada setiap hujung minggu. Melalui sistem ini, peserta yang menstrim kandungan terpilih pada hari Sabtu dan Ahad dapat mengumpul mata dengan lebih pantas sekali gus meningkatkan peluang mereka untuk berada di tangga teratas carta kedudukan.
Inisiatif ini membuktikan komitmen Tonton dalam memberikan pengalaman hiburan yang lebih bernilai kepada pelanggan. Selain berpeluang memenangi hadiah menarik, pengguna juga digalakkan untuk meneroka lebih banyak kandungan eksklusif yang tersedia di platform tersebut. Dengan gabungan hiburan dan ganjaran yang lumayan, “Tonton Non Stop, On Top!” dijangka menjadi antara kempen penstriman paling dinanti-nantikan tahun ini.
Orang ramai boleh mula menyertai kempen ini dengan memuat turun aplikasi Tonton atau melayari laman web rasmi Tonton, mendaftar atau log masuk ke akaun masing-masing, dan mula menstrim kandungan terpilih bermula 15 Jun 2026.
Lagi banyak program yang ditonton, lagi cerah peluang untuk mendaki carta peserta dan muncul sebagai antara pemenang bertuah!
Untuk maklumat yang lebih lanjut tentang rancangan kegemaran anda, ikuti kami di Facebook, Twitter, TikTok, dan Instagram di @tontonmy.











