Empat generasi, satu kopitiam dan pelbagai cara bijak berbelanja! TV3 Drama Sangat dengan kolaborasi Hotlink telah melancarkan Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet, sebuah drama pendek di platform TikTok dan Instagram yang penuh dengan gelagat komuniti, jenaka segar serta tip pintar untuk berbelanja dengan lebih bijak. Majlis pelancaran berlangsung di Balai Berita, Bangsar dengan kehadiran barisan pelakon utama.
Siri ini dibintangi oleh Riena Diana, Zamarul Hisham, Angeline Tan dan Lorenzo Irmann di bawah arahan Safuan Rashid serta diterbitkan oleh Astra Entertainment. Dengan 8 episod berdurasi 3–5 minit, siri ini mengetengahkan suasana mesra di Kopitiam Mei Mang Best, di mana empat watak daripada generasi berbeza dipertemukan dan akhirnya membentuk “Geng Bijak Berbajet”.
Watak-wataknya menampilkan keunikan tersendiri Aunty Mei (Angeline Tan) yang setia dengan buku 555, Uncle Din (Zamarul Hisham) seorang bekas guru berdisiplin, Nisa (Riena Diana) freelancer dengan gaya hidup moden, serta Mika (Lorenzo Irmann) yang mahir dunia digital. Setiap episod membawa cabaran kehidupan harian yang diselesaikan dengan Hotlink hacks, tip berjimat serta nilai persahabatan. Konflik utama bermula apabila kopitiam mereka dicabar dengan kehadiran kafe hipster baharu.

Menurut Puan Marlia Zul Amran, Pengurus Besar Kandungan TV3, siri ini menampilkan hiburan ringan yang menghubungkan generasi berbeza melalui cabaran kewangan harian dan semangat komuniti. Puan Stephanie Wong, Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNiA pula menekankan mesej kewangan yang disampaikan secara santai, manakala Loh Keh Jiat, Ketua Pegawai Perniagaan Pengguna Maxis menyatakan bahawa drama ini seiring dengan tawaran Hotlink yang memberikan nilai terbaik pada harga terendah.
Pelancaran siri ini turut dimeriahkan dengan gimik khas bersama pelakon utama serta tayangan eksklusif episod pertama. Keserasian watak-watak utama jelas menghidupkan mesej santai tetapi penuh makna yang menjadi intipati drama ini.
Siri Drama Hotlink: Geng Bijak Berbajet akan ditayangkan secara eksklusif bermula 1 Oktober 2025, jam 12.00 tengah hari, pada setiap Rabu dan Khamis di TikTok @hotlink.official @dramasangat serta Instagram @hotlinkred dan @dramasangat. Sertai perbualan dengan hashtag rasmi #HotlinkGengBijakBerbajet dan #GengBijakBerbajet di media sosial.