Kejayaan SPM 2024: PTTI Tawar RM500 untuk Straight A, 13,469 Pelajar Diraikan

PTTI Group Sdn Bhd telah mengadakan Majlis Penghargaan di Bangi Golf Resort bagi meraikan pencapaian cemerlang pelajar-pelajarnya dalam peperiksaan SPM 2024. Dalam usaha menghargai kegigihan pelajar, PTTI turut mengumumkan insentif khas sebanyak RM500 kepada pelajar PTTI yang berjaya memperoleh keputusan Straight A.

Tahun ini, seramai 13,469 pelajar PTTI mencatat peningkatan prestasi yang membanggakan. PTTI mensasarkan untuk melahirkan sekurang-kurangnya 1,000 pelajar Straight A sebagai sebahagian daripada komitmen memperkasa pendidikan negara.

Sepanjang tahun 2024, lebih 179,000 pelajar di seluruh Malaysia mendapat manfaat daripada program anjuran PTTI seperti kelas percuma, seminar, bimbingan akademik, dan program motivasi. PTTI juga telah menjalankan lebih 300 siri School Tour ke sekolah-sekolah serta lebih 10 sesi Roadtour SPM PTTI di negeri-negeri terpilih.

Pelajar yang layak boleh melayari www.ptti.my untuk menuntut insentif RM500 atau mendapatkan konsultasi pendidikan percuma bersama Personal Education Consultant (PEC) PTTI.

Majlis tersebut turut dimeriahkan dengan kehadiran selebriti terkenal, Nabila Razali dan Bella Astillah, yang hadir memberikan kata-kata semangat kepada para pelajar.

Dalam ucapan Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Puan Siti Farhana Abu Osman, beliau berkata ramai ibu bapa ingin membantu anak-anak memahami subjek SPM tetapi tidak mengetahui kaedah yang betul. Dengan pengalaman lebih 10 tahun, PTTI yakin menjadi platform terbaik untuk membantu calon SPM, lebih-lebih lagi apabila peperiksaan tahun ini diawalkan. PTTI berharap dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang berjaya menukar gred Gagal kepada Straight A.

Sebagai tambahan, PTTI turut melancarkan Seminar Gelombang G ke Straight A PTTI, sebuah program atas talian selama lima hari bermula 24 hingga 28 April 2025, khusus untuk calon SPM Batch 08. Tiket seminar ini boleh diperoleh secara percuma di laman rasmi PTTI.

Untuk maklumat lanjut, sila layari www.ptti.my atau hubungi pasukan media PTTI.