Gardenia Bakeries (KL) Sdn. Bhd. melancarkan program jelajah universiti bertajuk ‘Fuel Your Success – One Bite At A Time’ bagi memberi inspirasi kepada mahasiswa dalam aspek pengurusan masa, tekanan dan kemahiran komunikasi. Program ini disampaikan secara interaktif dan menyeronokkan bersama selebriti yang juga pensyarah UiTM, Najwa Latif, yang berkongsi pengalaman serta strategi kehidupan kampus.
Majlis pelancaran di UiTM Puncak Alam telah disempurnakan oleh YBrs. Encik Hirman bin Awang, Pengarah Hal Ehwal Pelajar, Jabatan Pendidikan Tinggi, bersama Pn. Ena Suhaila Abas, Pengurus Kanan Pemasaran Gardenia. Jelajah ini melibatkan 10 universiti di Semenanjung Malaysia dan menyasarkan untuk memberi manfaat kepada lebih 120,000 pelajar.

Mahasiswa berpeluang mengikuti sesi perkongsian berdurasi dua jam bersama Najwa Latif, menyertai kuiz dengan hadiah menarik, serta menerima produk Ready-To-Eat (RTE) Gardenia secara percuma, kupon diskaun eksklusif, dan barangan cenderamata menarik.
Menurut Pn. Ena Suhaila, Gardenia mahu dikenali bukan sahaja sebagai pengeluar makanan mudah dimakan, tetapi juga jenama yang menyokong kesejahteraan mental, fizikal dan emosi pelajar. Beliau turut mengumumkan bakal pelancaran dua varian baharu yang lebih menyegarkan dan ditawarkan pada harga berpatutan.
YBrs. Encik Hirman pula menyatakan sokongan penuh Kementerian Pengajian Tinggi terhadap inisiatif seperti ini kerana ia membantu memperkukuh kemahiran insaniah mahasiswa di samping menyemai semangat positif.

Program jelajah ini telah bermula sejak April dan akan berakhir Ogos 2025, melibatkan sepuluh universiti iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor pada 26 April, Universiti Malaya (UM), Kuala Lumpur pada 17 Mei, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Negeri Sembilan pada 24 Mei, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Puncak Alam, Selangor pada 12 Jun, Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang pada 21 Jun, Universiti Malaysia Perlis (UNIMAP) pada 5 Julai, Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) pada 2 Ogos, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Johor pada 9 Ogos, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Selangor pada 16 Ogos, dan akan berakhir di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kuala Lumpur pada 23 Ogos 2025. – Tehtariktimes