iQOO Neo 10 Tiba di Malaysia Tidak Lama Lagi: Snapdragon 8s Gen 4 Pertama dalam Telefon Gaming Tempatan

Penantian hampir berakhir apabila iQOO secara rasmi bakal membawa iQOO Neo 10 ke pasaran Malaysia, sekali gus menandakan permulaan era baharu untuk Siri Neo. Dengan spesifikasi setaraf telefon berperingkat mercu, prestasi sepantas kilat dan harga yang mengatasi jangkaan, iQOO Neo 10 dijangka mencetuskan perubahan besar dalam landskap telefon pintar gaming di Malaysia.

Direka khas untuk generasi pemain mudah alih dan pengguna digital tegar, iQOO Neo 10 merupakan telefon pintar gaming pertama di Malaysia yang dikuasakan cip pemproses terkini Qualcomm Snapdragon 8s Gen 4. Ia menjanjikan pengalaman gaming lancar, keupayaan multitugas tanpa gangguan, serta visual yang imersif pada setiap sentuhan, leretan dan tatalan.

Sama ada anda seorang pelajar universiti yang sedang mendaki tangga ranking dalam Mobile Legends, seorang graduan baharu yang multitasking dari pagi hingga malam, atau ibu bapa yang mahukan nilai terbaik untuk naik taraf seterusnya — iQOO Neo 10 menawarkan prestasi padu sepanjang hari tanpa menjejaskan bajet. Telefon ini turut dilengkapi teknologi penyejukan canggih, paparan kadar segar semula tinggi yang terang serta bateri tahan lama — menjadikannya peranti yang sentiasa sejuk, responsif dan bersedia untuk sebarang cabaran.

Menariknya, ini juga merupakan kali pertama Siri iQOO Neo dilancarkan secara rasmi di Malaysia. Pelancaran ini membuktikan komitmen iQOO untuk memenuhi jangkaan pengguna tegar dengan memperkenalkan peranti berprestasi tinggi yang menawarkan spesifikasi mercu tanpa tanda harga premium. iQOO Neo 10 hadir sebagai telefon pintar yang mampu mendefinisikan semula nilai dalam kategori telefon gaming.

Pelancaran rasmi iQOO Neo 10 akan diumumkan dalam masa terdekat. Untuk tidak terlepas sebarang maklumat terkini, pengguna disarankan mengikuti saluran rasmi Facebook dan Instagram iQOO Malaysia. Prestasi baharu sedang menghampiri bersedialah untuk alami kuasa sebenar dalam genggaman anda.