Menampilkan 17 trek yang pelbagai, album Citra Kasih oleh Inteam membawa pengalaman muzik yang kaya dan berlapis. Selain lima lagu baharu, album ini turut mengetengahkan empat lagu solo daripada setiap anggota kumpulan, memberikan ruang kepada peminat untuk menikmati keunikan vokal individu.
Antara lagu solo yang dimuatkan termasuk “Jendela Hafsah” nyanyian Syah, “Aku Diuji” oleh Hisyam, “DiSisiMu” oleh Hazamin, dan “Asmaul Anbiya” oleh Rahim. Tidak ketinggalan, album ini turut menampilkan kolaborasi istimewa seperti “Kias Cinta 2.0” bersama anak-anak Allahyarham Suhaimi Saad serta “Kudus Palestin” duet bersama Lah Ahmad, yang pernah meraih anugerah Vokal Terbaik di Anugerah Carta 114 TV AlHijrah.
Turut melengkapkan album ini adalah lagu-lagu remake seperti “Alangkah Indah” dan “Madrasah Ramadan”, menjadikan Citra Kasih sebuah karya yang seimbang antara nostalgia dan pembaharuan.