HONOR hari ini secara rasmi mengesahkan bahawa telefon pintar misteri yang mencuri perhatian ramai sejak kebelakangan ini adalah model terbaharu mereka, HONOR X9d 5G. Peranti ini mula mendapat sorotan apabila kelihatan dalam filem Legasi: Bomba the Movie serta ketika perarakan Hari Kebangsaan bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. Kini, ia diumumkan sebagai Telefon Pintar Pilihan Utama Malaysia dan bakal memasuki pasaran tempatan dalam masa terdekat.
Sejak kemunculannya di Malaysia pada tahun 2022, Siri X HONOR berjaya mentakrif semula ekspektasi pengguna terhadap telefon pintar kelas pertengahan dengan menawarkan prestasi tinggi, gaya moden serta ketahanan yang luar biasa. Malah, siri ini mengekalkan status sebagai telefon pintar kelas pertengahan terlaris di Malaysia selama tiga tahun berturut-turut, membuktikan popularitinya yang konsisten di kalangan pengguna.
HONOR X9d 5G tampil dengan peningkatan ketara menerusi kerangka yang lebih kukuh dan paparan ultra-tahan generasi baharu. Telefon pintar ini bukan sahaja direka untuk menahan cabaran penggunaan seharian, malah turut menawarkan prestasi lebih lancar dan kuasa pemprosesan yang lebih baik untuk multitasking. Selain itu, ia dilengkapi teknologi bateri bertaraf industri yang memastikan peranti dapat digunakan lebih lama tanpa perlu kerap dicas.

Ketibaan HONOR X9d 5G pastinya mencetuskan keterujaan pengguna di seluruh negara. Butiran lanjut mengenai pelancaran rasmi peranti ini akan diumumkan tidak lama lagi, dan pengguna boleh mengikuti Facebook rasmi HONOR Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini.
Untuk perkembangan selanjutnya, layari laman sesawang rasmi HONOR Malaysia di www.honor.com/my.
Sebagai sebuah syarikat ekosistem peranti AI global, HONOR terus komited dalam merevolusikan interaksi manusia dengan teknologi. Dengan portfolio produk yang merangkumi telefon, PC, tablet, peranti boleh pakai dan banyak lagi, HONOR berhasrat untuk memperkasakan setiap insan dalam meneroka dunia pintar yang baharu sambil membina ekosistem perkongsian nilai bersama rakan industri.