Firdaus Rahmat Muncul Dengan Lagu Padu, “Arus & Arah”!

Grunge Concrete Wall Paint Text Effect

Firdaus Rahmat kembali dengan single terbaharu berjudul Arus & Arah, lagu tema rasmi untuk drama bersiri Anak-Anak Mafia yang kini ditayangkan secara eksklusif di Tonton. Lagu ini menampilkan semangat perjuangan dan kebangkitan melalui gabungan muzik rock moden yang penuh tenaga.

Arus & Arah merupakan hasil kolaborasi Firdaus bersama John Jeeves dan Iqie Hugh, yang turut mencipta dan menulis lirik lagu ini. Dengan konsep “drive” dan rentak pantas, lagu ini dihasilkan khas buat mereka yang sedang bergelut dalam hidup dan mencari kekuatan dalaman.

Firdaus mengambil masa dua minggu untuk merakam lagu ini kerana ia memerlukan penghayatan dan teknik vokal yang mencabar. Beliau berharap lagu ini dapat memberi inspirasi kepada pendengar untuk terus melawan arus dalam kehidupan seharian.

Menurut John Jeeves, lagu ini diinspirasikan daripada jalan cerita Anak-Anak Mafia yang sarat dengan konflik dan semangat tidak berputus asa. Gabungan melodi pop dan elemen rock menjadikan lagu ini segar dan relevan untuk pendengar masa kini.

Arus & Arah kini boleh distrim di Spotify, Apple Music dan YouTube. Jangan lupa saksikan Anak-Anak Mafia setiap Isnin dan Khamis di Tonton, dibintangi Mierul Aiman, Fitri Farok, Fariz Isqandar, Zhen Ning dan Scha Elinnea. – Tehtariktimes