Domino’s Hadir dengan Piza ShaWAHma — Gabungan Rasa yang WAH!

Bersempena Aidilfitri tahun ini, Domino’s memperkenalkan Piza ShaWAHma ,inovasi lazat berinspirasikan rempah Timur Tengah, tersedia dalam dua pilihan: ShaWAHma Ayam dan ShaWAHma Daging. Piza ini dihidangkan dengan daging berempah wangi, sos krim shawarma, tomato ceri, bawang, keju mozarela, serta sos bawang putih masam manis. Ayam disertakan lada hijau rangup, manakala daging dipadankan dengan timun segar. Lebih menarik, Cheese Volcano turut kembali dengan sos cecah cheddar cair untuk menambah kenikmatan.

Ringo Joannes, Ketua Pegawai Eksekutif Serantau Domino’s Malaysia, Singapura, dan Kemboja menyatakan bahawa Domino’s mahu membawa kelainan sempena perayaan ini, membolehkan rakyat Malaysia berkongsi keriangan dengan sajian yang luar biasa.

Sebagai tanda penghargaan, Domino’s menawarkan lebih 13,000 Piza ShaWAHma PERCUMA pada 10 April 2025 (Khamis) bermula jam 4 petang di lebih 260 cawangan seluruh negara, termasuk Sabah dan Sarawak. 50 pelanggan pertama di setiap cawangan akan menerima piza saiz personal secara percuma siapa cepat, dia dapat!

Selain itu, Domino’s menawarkan diskaun 50% untuk masa terhad bermula 25 Mac 2025, boleh didapati secara dalam talian melalui laman web, aplikasi Domino’s, atau terus ke cawangan terdekat. Jangan lepaskan peluang merasai kelainan Piza ShaWAHma dan cipta kenangan baru bersama keluarga serta rakan-rakan! Untuk maklumat lanjut, ikuti @dominosmy di Facebook dan Instagram, atau layari www.dominos.com.my.