kuala lumpur

Kunto Aji Umumkan Konsert di Zepp Kuala Lumpur! – 2024

Penyanyi dan penulis lagu terkemuka Indonesia, Kunto Aji, bakal membawa jelajah konsert yang dinanti-nantikan, ‘Perjalanan Menawar Racun’, ke Kuala Lumpur pada 28 Ogos 2024. Konsert ini merupakan salah satu perhentian penting dalam siri jelajahnya yang telah menawan hati penonton di seluruh Indonesia dan Malaysia dengan persembahan muzik yang menyentuh jiwa dan sarat dengan makna mendalam….

Read More
Dinda Dania

Dinda Dania Hadir dengan Lagu Terbaru ‘Aku, Kau dan Bintang’ – 2024

Penyanyi berbakat besar di bawah naungan Rocketfuel Entertainment, Dinda Dania, baru-baru ini telah melancarkan sebuah lagu terbarunya yang berjudul “Aku, Kau dan Bintang”. Lagu ini merupakan kolaborasi istimewa bersama bakat baru yang sedang meningkat naik, Faiz Ruzayn dan YBJ. Lagu “Aku, Kau dan Bintang” melukiskan kisah seorang lelaki yang sedang dibuai perasaan cinta yang mendalam…

Read More

Spider Kembali dengan Single Terbaru ‘Keluar Sarang’

Sebagai kumpulan rock yang terus dikenang dalam hati peminat sejak pelancaran album pertama mereka, Ngam Ho (1999), Spider kini mempersembahkan single terbaru mereka berjudul “Keluar Sarang”. Lagu ini, yang dicipta oleh Tam dan liriknya ditulis oleh Keon, merupakan usaha terbaru Spider untuk mencipta gelombang baru dalam industri muzik setelah album ke-6 mereka, “Ankabut” yang dilancarkan…

Read More

Ara Johari Lancar Single Terbaru, “Menjaga Jodoh Orang Lain” dari Jakarta

Penyanyi terkenal Ara Johari baru-baru ini melancarkan single terbarunya yang penuh emosi, Menjaga Jodoh Orang Lain (MJOL), hasil karya yang diinspirasikan oleh pengalaman peribadinya melalui fasa putus cinta. Lagu balada ini dirangka untuk menyentuh hati sesiapa yang pernah melalui detik-detik sukar dalam percintaan. Ara Johari, nama sebenar Nurfarrah Izzatie Binti Johari, 27, mengakui bahawa Menjaga…

Read More

Cherry On Top dan EP ‘Ketagih’ Raih Perhatian Industri Muzik

Sudah sekian lama industri muzik tanah air tidak dimeriahkan dengan kehadiran sebuah band muda berbakat seperti Cherry On Top. Sejak pelancaran single mereka, Ketagih, band ini telah membuka mata ramai pihak dengan bakat luar biasa mereka. Hanya setahun setelah bergabung dan memperkemas penampilan, enam anak muda yang berkongsi minat mendalam terhadap seni ini tidak menyangka…

Read More

Hannah Delisha Bangkit Dari Kesedihan Dengan Lagu Terbaru Bertajuk “Akan Tiba”

Kali terakhir penyanyi dan pelakon Hannah Delisha melancarkan single adalah pada tahun 2021 dengan lagu “Terlalu Mudah,” yang mencuri perhatian ramai. Selepas tiga tahun, Hannah, 26, kembali menjadi penyanyi syarikat rakaman di bawah label Faithful Music. Sebagai buah tangan pertamanya, Hannah mempertaruhkan lagu Akan Tiba hasil ciptaan sepenuhnya oleh Faizal Tahir, Ja’a, Romeo dan Eugene…

Read More

Pengumuman Konsert Terakhir Dato’ Awie: “Journey”

Dato’ Awie, ikon seni Malaysia yang dihormati, akan mengakhiri perjalanan kariernya dengan sebuah konsert solo terakhir bertajuk “Journey”. Acara ini bakal berlangsung pada 3 Ogos 2024 di Dewan Merdeka, WTC Kuala Lumpur, menawarkan pengalaman tak terlupakan dengan gabungan monolog dan elemen teatrik yang unik. Sebagai artis solo dengan rekod Album Solo Artis Lelaki Paling Laris…

Read More

Single Terbaru Dari Adira Suhaimi Yang Berjudul “Kasih”

Tiada siapa yang boleh mempertikaikan kredibiliti penyanyi Adira Suhaimi dalam industri muzik tanah air. Dengan bakat yang luar biasa, beliau telah mencorakkan kanvas seni dengan gayanya yang unik. Aura bintang Adira jelas terpancar sejak awal kemunculannya, menjadikannya figura yang tidak boleh diabaikan dalam dunia muzik. Selepas lebih sedekad dalam industri muzik, Adira sudah merakamkan lebih…

Read More

Feby Putri Menggegarkan Kuala Lumpur dengan Konsert “DETIK.MENIT.JAM”

Penyanyi Indonesia, Feby Putri, pertama kali tampil di Malaysia melalui konsert “Feby Putri Live in Kuala Lumpur” pada bulan Mac 2023 lalu. Ini juga menandakan kali pertama penyanyi yang bernama lengkap Feby Putri Nilam Cahyani itu mengadakan persembahan di luar negara asalnya. Melihat sambutan yang sangat meriah daripada peminat, Miebird Projects kembali membawa Feby Putri…

Read More

Bersatu Melalui Musik: Kolaborasi Bintang Musik Tanah Air dalam “Anak Malaysia”

Kuala Lumpur, Malaysia – Dalam semangat menyambut Sukan Olimpik Paris 2024 dan meraikan Hari Kebangsaan, sekumpulan pemuzik tempatan telah bersatu menghasilkan sebuah lagu yang menginspirasikan, “Anak Malaysia”. Lagu ini merupakan hasil kolaborasi antara YB Altimet, Zizi Kirana, SAIXSE, dan Fahimi, yang bertujuan untuk membakar semangat patriotik dan perpaduan rakyat Malaysia. “Anak Malaysia” bukan sekadar sebuah…

Read More