Bisik Asmara Jadi Saksi Kembalinya Pesona Romantik Zul Ariffin

Kemunculan semula Zul Ariffin ke dunia drama sekali lagi mencuri perhatian apabila sebuah video tular memaparkan keakraban beliau bersama Uqasha Senrose, yang kelihatan mesra dan selesa di sisinya. Tidak dapat dinafikan, ramai yang menantikan kembalinya sisi romantik pelakon itu dengan suara rendah dan renungan tajamnya, yang kini dapat disaksikan menerusi drama Bisik Asmara melalui watak yang lebih kompleks dan mencabar.

Dalam drama ini, Zul membawakan watak Farhan, seorang suami yang pada awalnya digambarkan setia, naif dan sarat dengan rasa tanggungjawab terhadap isterinya, Sheila lakonan Sophia Albarakbah. Kehidupan rumah tangga yang tampak tenang itu mula diuji dengan kehadiran Noreen, lakonan Uqasha Senrose, yang muncul bagaikan bisikan halus di celah ketenteraman. Digambarkan sebagai wanita yang bijak mengambil peluang, Noreen tahu bila harus mendekat dan bila perlu menghimpit, menjadikan setiap pertemuan mereka sarat dengan ketegangan yang sukar dielakkan.

Episod keenam yang ditayangkan malam ini menjadi antara detik paling merisaukan apabila baju Noreen ditemui di dalam beg pakaian kotor Farhan. Penemuan itu bukan sahaja mencetuskan kecurigaan, malah membuka ruang kepada persoalan yang semakin sukar disangkal dan kebenaran yang kian menghampiri.

Dalam masa yang sama, Noreen mula dibakar rasa cemburu terhadap Sheila, dengan kepercayaan bahawa dirinya lebih memahami Farhan dan merasakan kedudukannya mengatasi wanita yang bergelar isteri. Farhan pula cekap menyusun kata; pujukan manis yang kononnya bertujuan meredakan keadaan akhirnya berpotensi menjadi senjata makan diri.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang bersalah — Farhan yang terlalu melayan atau Noreen yang licik memasang jerat emosi?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Bisik Asmara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store. Bersedialah, kerana dalam Bisik Asmara, setiap bisikan membawa akibat yang tidak pernah dijangka.Kemunculan semula Zul Ariffin ke dunia drama sekali lagi mencuri perhatian apabila sebuah video tular memaparkan keakraban beliau bersama Uqasha Senrose, yang kelihatan mesra dan selesa di sisinya. Tidak dapat dinafikan, ramai yang menantikan kembalinya sisi romantik pelakon itu dengan suara rendah dan renungan tajamnya, yang kini dapat disaksikan menerusi drama Bisik Asmara melalui watak yang lebih kompleks dan mencabar.

Dalam drama ini, Zul membawakan watak Farhan, seorang suami yang pada awalnya digambarkan setia, naif dan sarat dengan rasa tanggungjawab terhadap isterinya, Sheila lakonan Sophia Albarakbah. Kehidupan rumah tangga yang tampak tenang itu mula diuji dengan kehadiran Noreen, lakonan Uqasha Senrose, yang muncul bagaikan bisikan halus di celah ketenteraman. Digambarkan sebagai wanita yang bijak mengambil peluang, Noreen tahu bila harus mendekat dan bila perlu menghimpit, menjadikan setiap pertemuan mereka sarat dengan ketegangan yang sukar dielakkan.

Episod keenam yang ditayangkan malam ini menjadi antara detik paling merisaukan apabila baju Noreen ditemui di dalam beg pakaian kotor Farhan. Penemuan itu bukan sahaja mencetuskan kecurigaan, malah membuka ruang kepada persoalan yang semakin sukar disangkal dan kebenaran yang kian menghampiri.

Dalam masa yang sama, Noreen mula dibakar rasa cemburu terhadap Sheila, dengan kepercayaan bahawa dirinya lebih memahami Farhan dan merasakan kedudukannya mengatasi wanita yang bergelar isteri. Farhan pula cekap menyusun kata; pujukan manis yang kononnya bertujuan meredakan keadaan akhirnya berpotensi menjadi senjata makan diri.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang bersalah — Farhan yang terlalu melayan atau Noreen yang licik memasang jerat emosi?

Jangan lepaskan peluang menyaksikan Bisik Asmara setiap Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot Samarinda TV3. Penonton juga boleh menonton episod baharu secara eksklusif di iQIYI, satu jam selepas siaran di TV3, sama ada melalui laman web iQIYI atau aplikasi di Google Play dan App Store. Bersedialah, kerana dalam Bisik Asmara, setiap bisikan membawa akibat yang tidak pernah dijangka.