BINTANG SUARA MELILEA 2026 Buka Ruang Kepada Bakat Baharu Generasi Muda

MELILEA (M) Sdn. Bhd. memperkenalkan BINTANG SUARA MELILEA 2026, sebuah inisiatif di bawah program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MELILEA yang bertujuan mencungkil, membimbing dan memperkasa bakat baharu dalam kalangan generasi muda.

Lebih daripada sekadar pertandingan pencarian bakat, BINTANG SUARA MELILEA 2026 dirangka sebagai platform pembangunan potensi yang memberikan peluang kepada generasi muda di seluruh Malaysia untuk membina keyakinan diri, mendapatkan pendedahan terhadap industri serta mengembangkan bakat dan kebolehan mereka melalui saluran yang positif, berdisiplin dan berintegriti.

Membawa tagline “IMPIAN ANDA · SUARA ANDA · MASA DEPAN ANDA”, program ini mengajak golongan muda untuk berani mengejar impian, menyuarakan bakat dan potensi yang dimiliki serta melihat setiap peluang sebagai satu langkah untuk membina masa depan yang lebih baik.

Tagline tersebut mencerminkan aspirasi program yang bukan sekadar mahu mencari seorang pemenang, tetapi membuka ruang kepada setiap peserta untuk mengenali kekuatan diri, membina keyakinan dan mengembangkan bakat yang dimiliki ke tahap lebih tinggi.

Inisiatif ini turut mencerminkan falsafah MELILEA untuk “Transforming Lives”, iaitu membantu individu mengenal potensi diri, membina keyakinan serta mencipta peluang untuk kehidupan yang lebih baik dan bermakna.

Bagi MELILEA, kejayaan tidak hanya bergantung kepada bakat semata-mata, tetapi turut memerlukan usaha, disiplin, ketekunan, bimbingan dan keberanian untuk mengambil peluang.

Melalui BINTANG SUARA MELILEA 2026, peserta bukan sahaja diberikan ruang untuk menunjukkan kebolehan, malah turut berpeluang mendapatkan pendedahan industri dan panduan profesional daripada penggiat industri yang berpengalaman.

Program ini dilaksanakan melalui kolaborasi strategik bersama SWYM Entertainment Group yang mempunyai pengalaman dalam pembangunan dan pengurusan bakat seni.

SWYM Entertainment Group diterajui Ong Peng Chu, seorang penggiat industri yang berpengalaman dalam pembangunan bakat dan pengurusan artis. Antara penglibatan beliau termasuk membantu penyanyi Malaysia seperti Shila Amzah dan Jeryl Lee Pei Ling mengembangkan kerjaya serta mendapat pendedahan di pasaran hiburan China.

Program ini turut mendapat kerjasama daripada Neo Gendang Studio yang diterajui Edrie Hashim, komposer, pengarah muzik dan gitaris daripada kumpulan Wings.

Penglibatan penggiat industri tersebut mencerminkan usaha MELILEA dalam menyediakan ekosistem pembangunan bakat yang lebih tersusun, profesional dan mempunyai hala tuju yang jelas.

Pengasas dan Pengerusi Kumpulan MELILEA International Group of Companies, Datuk Prof. Dr. Alan Wong, berkata falsafah MELILEA sentiasa berteraskan kepercayaan bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk membina kehidupan yang lebih baik apabila diberikan peluang, sokongan dan bimbingan yang sewajarnya.

“Sejak penubuhan MELILEA, kami sentiasa percaya bahawa perniagaan bukan hanya mengenai keuntungan. Yang lebih penting ialah bagaimana kita dapat memberi nilai, membuka peluang dan membantu seseorang mentransformasi kehidupan mereka. Inilah yang menjadi asas kepada falsafah MELILEA, ‘Transforming Lives’,” katanya.

Menurut beliau, BINTANG SUARA MELILEA 2026 membawa falsafah tersebut ke dalam sebuah platform yang memberi peluang kepada generasi muda untuk mengenali dan mengembangkan potensi diri.

“Bagi kami, BINTANG SUARA MELILEA 2026 bukan sekadar pertandingan untuk mencari pemenang. Ia adalah sebahagian daripada usaha kami untuk ‘Transforming Lives’ melalui peluang, pengalaman, bimbingan dan sokongan,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa setiap bakat perlu dibangunkan dengan disiplin, usaha, integriti dan bimbingan yang betul supaya dapat berkembang dengan lebih baik.

Sementara itu, selaku rakan penganjur bersama dan juri BINTANG SUARA MELILEA 2026, Ong Peng Chu berkata beliau berbesar hati dengan kepercayaan yang diberikan oleh MELILEA untuk menjayakan inisiatif tersebut.

Menurut beliau, pertandingan nyanyian bukan sekadar mengenai soal menang atau kalah, sebaliknya menjadi platform untuk mengenal pasti dan membuka peluang kepada bakat baharu.

“Bagi saya, pertandingan nyanyian bukan sekadar soal menang atau kalah. Yang lebih penting ialah memberi peluang kepada mereka yang mempunyai bakat dan potensi untuk didengari, dilihat dan diberikan ruang untuk melangkah lebih jauh dalam industri muzik,” katanya.

Beliau turut menyeru kepada semua pencinta muzik dan mereka yang merasakan mempunyai bakat agar berani tampil mencuba.

“Kalau anda rasa anda mempunyai bakat, potensi atau sekadar sangat mencintai dunia nyanyian, jangan hanya menyanyi seorang diri di rumah. Apabila peluang datang, beranilah untuk tampil ke hadapan,” katanya.

Selain peluang memenangi hadiah wang tunai, peserta turut berpeluang menerima produk kesihatan serta mendapat pendedahan kepada peluang dan pentas yang lebih luas.

BINTANG SUARA MELILEA 2026 memberi penekanan kepada pembangunan peserta secara menyeluruh dan bukan hanya kepada keputusan pertandingan.

Antara matlamat utama program ini adalah untuk mencungkil dan mengetengahkan bakat baharu dalam kalangan generasi muda, membina keyakinan diri, menyediakan pendedahan serta bimbingan daripada penggiat industri berpengalaman dan menggalakkan generasi muda memilih landasan yang positif, berdisiplin serta bertanggungjawab.

Program ini turut menekankan nilai ketekunan, integriti, kreativiti dan daya tahan, selain membuka peluang kepada bakat tempatan untuk berkembang ke tahap yang lebih tinggi termasuk pendedahan di peringkat serantau dan antarabangsa.

MELILEA melihat kejayaan program bukan semata-mata berdasarkan siapa yang muncul sebagai juara, tetapi sejauh mana peserta dapat berkembang dari segi keyakinan diri, kemahiran, pengalaman dan pemahaman terhadap dunia profesional.

Selaras dengan semangat Malaysia MADANI, MELILEA berharap BINTANG SUARA MELILEA 2026 dapat menjadi salah satu usaha sektor korporat dalam menyokong pembangunan generasi muda yang kreatif, berkeyakinan, berintegriti, mempunyai jati diri dan berani membawa bakat Malaysia ke tahap yang lebih tinggi.

MELILEA percaya bahawa generasi muda perlu diberikan bukan sahaja peluang untuk bermimpi, tetapi juga akses kepada pengalaman, bimbingan dan persekitaran yang dapat membantu mereka membina masa depan.

BINTANG SUARA MELILEA 2026 membawa mesej bahawa impian perlu disertai keberanian, bakat perlu disertai usaha, manakala kejayaan perlu dibina dengan disiplin serta integriti.

Ditubuhkan pada tahun 2002, MELILEA diasaskan dengan visi untuk mentransformasi kehidupan ke arah kesihatan, kecantikan, kejayaan dan kebahagiaan.

Berteraskan visi tersebut, MELILEA membangunkan rangkaian produk dalam bidang kesihatan serta kecantikan, di samping menyediakan platform latihan, bimbingan dan mentoring bagi membantu individu membangunkan potensi diri serta mencapai matlamat kehidupan mereka.

Falsafah “Transforming Lives” terus menjadi antara asas kepada pendekatan MELILEA dalam mewujudkan peluang, membangunkan individu dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

Transforming Lives. Creating Possibilities.