Lebih 300 usahawan menyertai Astro Open Day di Studio 1, Bukit Jalil, anjuran Astro dengan kerjasama RichWorks Academy. Acara ini bertujuan membantu usahawan memahami potensi pemasaran melalui ekosistem media Astro yang merangkumi TV, radio, digital dan aktiviti on-ground.
Ucapan pembukaan disampaikan oleh Ketua Pegawai Kewangan dan Operasi Kumpulan Astro, Dr. Grace Lee, diikuti sesi ramah mesra bersama penyampai radio popular seperti Nabil Ahmad, Rahim, dan Aishah Sinclair. Para peserta turut dibawa melawat ke studio Awani, studio Borak SeeNi dan konti radio Astro.

Pembentangan strategi pengiklanan oleh Ketua Perkhidmatan Kreatif, Marlina Mansor, memberi pencerahan tentang kekuatan iklan di platform Astro. Pengasas RichWorks, Prof. Datuk Wira Dr Azizan Osman, turut menyampaikan pesanan inspirasi kepada para peserta.
Astro komited membantu usahawan memperluas capaian dan memperkukuh jenama melalui pendedahan secara langsung kepada platform media berimpak tinggi. Program ini membuktikan peranan Astro sebagai rakan media strategik dalam menyokong pertumbuhan perniagaan tempatan. – Tehtariktimes