‘A Million Voice’ Pencarian Bakat Muzik RM1 Juta

Pencarian ikon muzik baharu Malaysia kini menjadi kenyataan dengan pelancaran A Million Voice (AMV). Pertandingan ini, menampilkan Dato’ Awie, Dato’ Hattan, dan Marsha Milan sebagai juri yang bertujuan untuk menggalas bakat-bakat baharu dalam industri muzik tempatan.

A Million Voice ini dibawakan oleh Be.Life dan dianjurkan bersama MasterPay Global Sdn Bhd serta Stallion Networks Sdn Bhd, AMV menawarkan hadiah utama yang menarik bernilai RM1 juta. Bukan sekadar hadiah kewangan, AMV juga memberikan peluang kepada peserta untuk memulakan kerjaya nyanyian dan bertapak dalam dunia muzik.

AMV bukan hanya fokus kepada vokal, tetapi juga kepada keperibadian dan bakat persembahan yang serba boleh. Para peserta akan diuji untuk mempamerkan keunikan suara dan aura mereka di atas pentas. Joey Daud akan mengendalikan acara ini, menjanjikan persembahan yang penuh emosi dan persaingan sengit.

A million voice

Peserta yang berjaya akan membawa pulang hadiah bernilai RM1 juta, termasuk kenderaan elektrik, kontrak untuk merakam album, dan konsert roadshow selama tiga tahun. Pemenang juga akan berpeluang merakam album EP, sebuah batu loncatan penting dalam kerjaya muzik mereka.

AMV akan memulakan sesi uji bakat tidak lama lagi, dengan calon penyanyi dijemput untuk menghantar video uji bakat secara dalam talian dan juga hadir ke sesi uji bakat secara langsung di pusat membeli-belah utama di seluruh negara. Peserta terpilih akan berentap dalam AMV Show Star, sebuah rancangan lapan episod yang menampilkan bakat-bakat terbaik dari seluruh Malaysia.

Dengan menggunakan format kalah mati, peserta akan dinilai oleh juri dan penonton. Kualiti persembahan serta sambutan penonton akan menentukan siapa yang kekal di pentas. Sepuluh peserta terbaik akan berpeluang menyertai jelajah mini konsert di seluruh Malaysia, membina pengikut dan memperluas karier muzik mereka.

voice

En. Husnaidy Bin Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif BeLife Sdn Bhd, menekankan bahawa AMV berkomitmen untuk mencari penghibur yang mampu meneruskan legasi muzik Dato’ Awie, Dato’ Hattan, dan Marsha. AMV bukan sahaja mencari bintang baharu, tetapi juga penyambung bakat yang dapat mengukuhkan industri muzik Malaysia.

Untuk mengikuti perjalanan ikon muzik Malaysia yang baharu serta  maklumat lanjut berkenaan pertandingan A Million Voice ini, boleh  didapati di laman sesawang http://www.amv.belife.com.my. Ia juga boleh  didapati melalui media sosial rasmi AMV iaitu @amillionvoice untuk TikTok dan Instagram, http://www.facebook.com/beAMillionVoice dan www.youtube.com/@amillionvoiceofficial 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *