Festival Ramadan Selangor 2024 (Festira) Berlangsung di Sacc Mall Shah Alam

Festival Ramadan Selangor 2024 (Festira) yang dianjurkan oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) diadakan di lima lokasi berbeza, iaitu Kompleks PKNS Shah Alam dan Bangi, SACC Mall, SACC Walk, dan Plaza Alam Sentral. Festival ini melibatkan kira-kira 1,200 peniaga dari pelbagai industri dan sektor, memberikan peluang kepada mereka untuk mempamerkan dan menjual produk mereka kepada pengunjung.

Festira berlangsung dari 22 Februari hingga 9 April, menawarkan pelbagai acara dan aktiviti yang bertujuan untuk meraikan bulan Ramadan serta mempromosikan kepelbagaian budaya dan makanan.

Exco Belia, Sukan & Keusahawanan Negeri Selangor, Mohd. Najwan Halimi berkata memasuki sedekad penganjuran, Festira menyasarkan kehadiran dua juta pengunjung sepanjang 48 hari diadakan.

“Artis tanah air turut berniaga kali ini antaranya Datuk Afdlin Shauki, Ako Mustapha, Tyzo Xynder dan Hijjaz yang menjual pakaian serta keperluan raya lain.

Najwan berkata lagi, beberapa artis tempatan juga bakal membuat persembahan antaranya Haiza, Elyana, Ezlynn, Najwa Latiff, Dafi, Amylea serta Syura bertujuan menarik lebih ramai pengunjung.

“Penganjur turut adakan program agihan bubur lambuk Kampung Baru secara percuma, solat tarawih berjemaah selain menyediakan kaunter bayaran zakat.”

“Sebelum ini Plaza Alam Sentral seperti yang semua ketahui adalah sedikit kurang menarik dan kita berharap di bawah PREC ia akan hidup semula,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNS Real Estate Sdn. Bhd. (PREC) Fakru Radzi Ab. Ghani berkata, Plaza Alam Sentral merupakan aset baharu PKNS yang telah diambil alih sejak bulan Disember yang lalu dan banyak yang perlu dilakukan untuk menarik pengunjung kembali ke pusat beli-belah tersebut.

“PKNS telah merancang pelbagai projek naik taraf bagi menambah baik dan memberi nafas baharu kepada bangunan ni kelak.

Katanya lagi, Plaza Alam Sentral akan dijenamakan semula dan menjelang tahun depan orang ramai akan menyaksikan Plaza Alam Sentral yang berwajah baharu.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *