Hisense Perkenal RoamView, Skrin Mudah Alih Untuk Gaya Hidup Moden

Hisense memperkenalkan RoamView, produk terbaharu dalam siri Lifestyle Series yang direka untuk memberikan pengalaman menonton lebih fleksibel mengikut keperluan kehidupan moden.

RoamView membolehkan pengguna membawa skrin dari satu ruang ke ruang lain dengan mudah. Skrin ini boleh dipusing, dilaraskan dan dinaikkan bagi mendapatkan sudut tontonan yang sesuai, sekali gus memberikan lebih kebebasan ketika menikmati kandungan di rumah.

Dilengkapi bateri terbina dalam pada bahagian stand, RoamView membolehkan pengguna menikmati kandungan tanpa perlu sentiasa bergantung kepada soket elektrik. Ia sesuai digunakan ketika memasak di dapur, melakukan senaman di ruang tamu, bekerja, mencipta kandungan atau berehat di dalam bilik.

Namun, sekiranya skrin RoamView ditanggalkan daripada stand, ia perlu disambungkan kepada bekalan kuasa untuk digunakan.

Selain pengalaman menonton, RoamView turut menawarkan pelbagai fungsi interaktif. Pengguna boleh menggunakan Whiteboard untuk mencatat idea, meneroka projek kreatif menerusi digital sketchpad, menetapkan suasana melalui Art Gallery serta menjadikan ruang di rumah sebagai pentas karaoke dengan Karafun.

Bagi hiburan pula, RoamView menyokong penstriman 4K yang menawarkan pengalaman visual lebih jelas dan imersif. Peranti ini turut dilengkapi platform pemprosesan berprestasi tinggi bersama memori 8GB dan storan 128GB untuk menyokong penggunaan pelbagai fungsi secara lancar serta menyimpan filem, rancangan, foto dan kandungan kegemaran pengguna.

RoamView turut melengkapkan CanvasTV dalam Hisense Lifestyle Series, yang membawa pendekatan baharu terhadap penggunaan paparan digital dalam ruang kediaman.

Ditawarkan pada harga RM5,699, RoamView memberikan pilihan kepada pengguna yang mahukan pengalaman skrin yang lebih fleksibel, mudah alih dan sesuai dengan pelbagai aktiviti harian