
ZERO Healthcare melancarkan Siri Ranger 9 terbaharunya di MyTOWN Shopping Centre, selain mengumumkan usahawan dan pencipta kandungan terkenal, Boss James, sebagai Duta Jenama Siri Ranger.
Kemunculan Boss James mencuri perhatian apabila beliau tiba di lokasi dengan motosikal lengkap berpakaian biker, sebelum mencuba sendiri kerusi urut Ranger baharu ZERO Healthcare. Selepas merasai pengalaman tersebut, beliau secara berseloroh berkata mungkin sudah bersedia untuk menukar motosikalnya dengan sebuah Ranger.

Menurut Pengasas ZERO Healthcare, Tommy Tham, Boss James dipilih bukan hanya kerana pengaruhnya di media sosial, tetapi kerana kisah kerja keras, ketabahan dan kejayaannya yang selari dengan semangat Siri Ranger dalam menghargai mereka yang sentiasa bekerja keras.
Pelancaran itu turut mengetengahkan kerjasama ZERO Healthcare x TikTok Shop, dengan pengguna berpeluang mencuba Siri Ranger menerusi reruai khas serta mengikuti sesi siaran langsung bersama Boss James.
Pengarah Kanan Perkongsian Strategik TikTok Shop Malaysia, Nur Azre Binti Abdul Aziz, berkata kerjasama bersama ZERO Healthcare membuktikan bagaimana kandungan digital, komuniti dan perdagangan boleh digabungkan untuk memberikan pengalaman pembelian yang lebih mudah dan bermakna kepada pengguna.
Menurut beliau, demonstrasi produk serta kandungan daripada pencipta seperti Boss James turut membantu pengguna mengenali Siri Ranger dengan lebih dekat sebelum membuat keputusan pembelian.
Dalam masa sama, ZERO Healthcare memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Majlis Paralimpik Malaysia sebagai tanda komitmen jangka panjang dalam menyokong atlet para negara dari aspek pemulihan dan kesejahteraan.
Promosi TikTok Shop Brand Day x ZERO Healthcare yang berlangsung dari 11 hingga 13 September 2026 menawarkan:
● Kerusi Urut Ranger 7 – RM 3,999 (Hadiah Percuma: First Class Massage Sofa 2 Layer + Hydro Classic Air Purifier)
● Kerusi Urut Ranger 8 – RM 5,999 (Hadiah Percuma: First Class Massage Sofa 2 Layer + SS Queen 5pcs Cookware Set)
● Kerusi Urut Ranger 9 – RM 6,999 (Hadiah Percuma: First Class Massage Sofa 2 Layer + SS Queen 5pcs Cookware Set)
Menerusi pelancaran ini, ZERO Healthcare bukan sahaja memperkenalkan Siri Ranger 9, malah terus menggalakkan rakyat Malaysia memberi perhatian kepada kepentingan rehat, pemulihan dan kesejahteraan diri.

(Dari kiri ke kanan)
Cik Lim Sim Zher, Juara Urutan Dunia & Rakan Jenama
Encik Muraly, Ketua Pengurusan Penyewa, MyTOWN Shopping Centre
Encik Andy Chan Wen Ming, Pengarah ZERO Healthcare
Boss James, Duta Jenama
Encik Tommy Tham Kok Hoong, Pengarah Urusan ZERO Healthcare
Nur Azre Binti Abdul Aziz, Pengarah Kanan Perkongsian Strategik, TikTok Shop Malaysia
Encik Terry Tham Kok Wan, Pengarah Eksekutif ZERO Healthcare
Wakil daripada Majlis Paralimpik Malaysia





