YGold Sdn Bhd melantik Pengarah Urusan Elzar Shariah & Technology Solution Sdn Bhd, Dr Haji Zaharudin Abd Rahman sebagai Penasihat Syariah bagi memperkukuh keyakinan pelanggan serta meningkatkan kefahaman masyarakat terhadap kepentingan pematuhan Syariah dalam urus niaga emas.
Majlis tanda tangan dan penyerahan surat pelantikan berlangsung antara Dr Haji Zaharudin Abd Rahman bersama Pengerusi Eksekutif YGold Sdn Bhd, Tuan Zahrin Ibrahim pada Sabtu, 29 Ogos 2026, jam 11 pagi bertempat di YGold Kuala Lumpur.
Ketua Pegawai Eksekutif YGold Sdn Bhd, Tuan Shahfizzam Moideen berkata, pelantikan tersebut dibuat berdasarkan kepakaran dan pengalaman Dr Haji Zaharudin Abd Rahman dalam bidang kewangan Islam, muamalat serta transaksi emas.
Menurut beliau, Dr Haji Zaharudin Abd Rahman akan memberikan pandangan dan bimbingan Syariah bagi memastikan operasi, struktur perniagaan serta urus niaga emas YGold dilaksanakan selaras dengan prinsip Syariah.
Shahfizzam turut menegaskan bahawa pematuhan Syariah merupakan perkara penting dalam menjalankan perniagaan emas secara telus dan beretika. Menurutnya, pematuhan Syariah bukan sekadar satu pengiktirafan, sebaliknya menjadi asas penting dalam membangunkan perniagaan yang telus, beretika dan dipercayai.
Melalui pelantikan tersebut, YGold berharap dapat memperkukuh kefahaman pelanggan mengenai prinsip Syariah dalam urus niaga emas serta memastikan setiap transaksi dilaksanakan secara bertanggungjawab dan beramanah.
Dalam perkembangan berkaitan, YGold turut mengadakan Mega Festival ke 2 di YGold Kuala Lumpur pada 28 hingga 30 Ogos 2026. Acara yang berlangsung selama tiga hari dari jam 10 pagi hingga 6 petang itu sebelum ini pernah diadakan di YGold Kajang dan berjaya mencatatkan jualan sebanyak RM1.2 juta.
Mega Festival tersebut merupakan cetusan idea Shahfizzam yang sentiasa menginginkan yang terbaik buat YGold. Pelbagai promosi menarik ditawarkan sepanjang acara termasuk emas baharu dan preloved tanpa upah, koleksi silver seperti rantai leher, rantai tangan, bangle, cincin dan silver bar, koleksi berlian serta preloved gold bar daripada pelbagai jenama.
Pengunjung turut berpeluang mendapatkan gold bar baharu pada harga di bawah pasaran, menikmati tawaran buy back dan trade in tertinggi serta mendapatkan cincin belah rotan pada harga bawah RM300. Selain itu, bidaan turut ditawarkan dengan harga permulaan serendah RM10.
Pelbagai hadiah menarik turut disediakan termasuk pasu eksklusif, jam dinding, bingkai hiasan dinding dan baby coat. Sebanyak 200 hamper turut disediakan untuk diberikan kepada pengunjung yang hadir, manakala pengunjung yang memakai baju bertemakan kemerdekaan pada 30 Ogos menerima hadiah atau saguhati daripada YGold.
YGold Kuala Lumpur merupakan cawangan ketiga YGold dan telah memulakan operasi sejak 22 Mei 2026. Cawangan yang terletak di G 02 B, No. 117, Jalan Raja Abdullah, Kampung Baru, Kuala Lumpur itu menawarkan pelbagai perkhidmatan termasuk jualan emas baharu dan terpakai, penjualan gold bar, pembelian surat pajak serta perkhidmatan buy back dan trade in.













