Karnival Jom Heboh (KJH) Sarawak Segulai Sejalai 2026 kembali memeriahkan Kota Samarahan dengan pelbagai aktiviti menarik yang berlangsung selama tiga hari bermula 31 Julai hingga 2 Ogos 2026 di Pekarangan Sebelah Majlis Perbandaran Kota Samarahan, Sarawak.
Memasuki tahun ke-23 penganjurannya, Karnival Jom Heboh terus mengekalkan status sebagai “Longest Running Outdoor Carnival” yang diiktiraf oleh The Malaysia Book of Records. Acara ini menjadi platform kekeluargaan dan komuniti yang menghimpunkan masyarakat pelbagai lapisan melalui pelbagai aktiviti hiburan, riadah dan program bermanfaat.

Penganjuran kali ini berlangsung dengan kerjasama strategik bersama Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak (MTCP). Pengunjung berpeluang mengenali pelbagai inisiatif, pameran dan perkhidmatan daripada agensi-agensi di bawah kementerian tersebut sepanjang karnival berlangsung.
Sepanjang tiga hari acara, pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik seperti Pertandingan Karaoke Drama Sangat, Buletin Challenge, sesi Meet & Greet bersama pelakon drama TV3 dan personaliti TV9, Kids Colouring Contest, pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma, Zumba Challenge, Jom Lokal Jam serta Konsert Jom Heboh pada malam Sabtu dan Ahad.
Antara personaliti Media Prima yang bakal memeriahkan karnival ialah Shafiq Adnan, Afrina Romzi, Fahiz Ariff, Fadzly Fuad, Hanif Miswan, Haniff Hot FM dan Kieran KoolFM. Pengunjung juga berpeluang bertemu selebriti popular seperti Ariana Yusof, Cristina Suzanne, Chacha Maembong, Cahaya Nilam, Irfan Zaini, Nasuha Sulaiman dan Zairi Aziz menerusi sesi Meet & Greet.
Selain reruai Media Prima dan MTCP, pelbagai jenama terkenal seperti Grab, KWSP, GPR Cookies, Ayam Dindings, Pawada, CelcomDigi dan Weststar Maxus turut menawarkan promosi istimewa serta pelbagai aktiviti menarik. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai makanan viral menerusi Love Food Fest.
Dunia Kreatif NSTP turut kembali dengan pelbagai aktiviti interaktif seperti pertandingan mewarna, seni kraf dan origami, photobooth muka depan NSTP serta ruang permainan konsol yang sesuai untuk seisi keluarga.
Jom Heboh Fun Run kembali untuk edisi kedua dengan kategori 5KM dan 8KM. Peserta bakal menerima medal finisher eksklusif, jersi rasmi, tote bag, bib larian dan goodies menarik, selain berpeluang memenangi pelbagai hadiah cabutan bertuah.
Konsert Jom Heboh bakal menjadi kemuncak acara apabila pentas hiburan dibarisi artis-artis popular seperti Haiza Hanafi, Mariam Saim, Aepul Roza, Fiq Halim, Aweera, Kristal X, Baby Shima, Wany Hasrita, K.O.I, Syamel dan Marsha Milan.
Dengan purata kehadiran melebihi 300,000 pengunjung bagi setiap lokasi, Karnival Jom Heboh terus mengukuhkan kedudukannya sebagai acara komuniti terbesar yang menggabungkan hiburan, gaya hidup, keusahawanan dan aktiviti kekeluargaan dalam satu platform.












