Hotlink sekali lagi menghidupkan kempen popular Geng Bijak Berbajet (GBB) menerusi sebuah siri travelog baharu hasil kerjasama strategik bersama TV3. Dilancarkan secara rasmi di Balai Berita, Bangsar, siri ini menawarkan pengalaman pengembaraan yang penuh warna-warni sambil berkongsi pelbagai tip bijak untuk meneroka destinasi menarik di Malaysia tanpa perlu berbelanja besar.
Siri Travelog Hotlink: Geng Bijak Berbajet menampilkan pelakon Kamal Adli sebagai Ketua Geng Bijak Berbajet yang mengetuai misi menjelajah enam negeri di Malaysia bersama beberapa selebriti terkenal tanah air. Antara yang menyertai pengembaraan ini ialah Hael Husaini, Nabila Razali, Siti Saleha, Zaki Yamani, Auddra Zulkifli, Izzue Islam dan Ain Edruce. Menerusi cabaran yang diberikan, mereka membuktikan bahawa percutian yang menyeronokkan masih boleh dinikmati walaupun dengan bajet yang terhad, asalkan setiap perbelanjaan dirancang dengan bijak.

Siri yang terdiri daripada enam episod berdurasi sekitar tiga hingga lima minit ini menggabungkan elemen realiti, ulasan makanan, aktiviti pelancongan serta perkongsian tip berjimat cermat yang dekat dengan gaya hidup masyarakat masa kini. Episod pertama bakal disiarkan secara eksklusif di TV3 bermula 29 Julai 2026 secara mingguan, manakala penonton juga boleh mengikuti kandungan digitalnya setiap Khamis bermula 30 Julai 2026 menerusi TikTok Hotlink dan TV3 serta Instagram Hotlink Red dan TV3 Malaysia. Kempen ini turut diperkukuhkan melalui kerjasama bersama Hot FM dan portal hiburan OHBULAN! sebagai rakan publisiti.
Setiap episod menyaksikan Kamal Adli bersama rakan selebritinya diberikan cabaran untuk menguruskan bajet harian antara RM70 hingga RM100 bagi dua atau tiga individu. Mereka perlu merancang perjalanan, menikmati pelbagai aktiviti menarik serta mencuba makanan ikonik di setiap lokasi sambil memastikan setiap ringgit dibelanjakan dengan sebaik mungkin. Antara pengalaman yang dipaparkan termasuk aktiviti ATV di Negeri Sembilan, menikmati Colek Campur di Kelantan serta menjamu selera di bufet atas awan di Sarawak.

Selain mempromosikan pelancongan domestik, siri ini turut mengetengahkan peranan teknologi dalam membantu pengguna merancang perjalanan dengan lebih mudah. Sepanjang penggambaran, rangkaian 5G serta pelan prabayar dan pascabayar Hotlink menjadi sokongan utama bagi memastikan peserta sentiasa berhubung, menikmati internet berkelajuan tinggi, akses kepada peranti 5G, internet perayauan percuma serta pelbagai ganjaran eksklusif untuk pelanggan Hotlink. Setiap episod akan diakhiri dengan segmen “Senarai Semak GBB” yang merumuskan keberkesanan perancangan bajet mereka.
Ketua Pegawai Operasi Media Prima OMNiA, Agency Solutions, Stephanie Wong berkata kerjasama berterusan bersama Hotlink menjadi platform terbaik untuk menghasilkan kandungan digital yang lebih segar, interaktif dan relevan dengan penonton masa kini. Menurut beliau, siri travelog tersebut menyampaikan mesej mengenai pengurusan kewangan secara semula jadi menerusi gaya hidup pengembaraan yang semakin diminati ramai, sekali gus menggalakkan budaya berbelanja secara berhemat melalui kandungan yang menghiburkan dan mudah dikongsi di pelbagai platform.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran dan Pertumbuhan Maxis, Yeoh Sun Loo berkata konsep Geng Bijak Berbajet amat bertepatan dengan keperluan pengguna masa kini yang mahukan pengalaman berkualiti tanpa perlu mengeluarkan kos yang tinggi. Beliau turut menyatakan bahawa selepas kejayaan siri drama sebelum ini, Hotlink teruja memperkenalkan siri travelog yang menawarkan lebih banyak tip praktikal untuk membantu rakyat Malaysia menikmati nilai terbaik dalam setiap perjalanan dan kehidupan harian mereka.
Majlis pelancaran turut dimeriahkan dengan persembahan nyanyian dan tarian oleh Maryam sempena pelancaran video muzik rasmi Hotlink Geng Bijak Berbajet. Tetamu yang hadir turut berpeluang menyaksikan tayangan eksklusif episod pertama sebelum dihiburkan dengan persembahan istimewa daripada Zaki Yamani, Nabila Razali dan Hael Husaini.
Orang ramai boleh mengikuti siri Hotlink Geng Bijak Berbajet bermula 29 Julai ini di TV3 dan pelbagai platform digital serta berkongsi pengalaman menonton menggunakan tanda pagar rasmi #HotlinkGengBijakBerbajet. Siri ini bukan sahaja menghiburkan, malah memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengembara dengan lebih bijak, menikmati lebih banyak pengalaman dan memaksimumkan nilai setiap perbelanjaan.











