HAMPIR 1,000 PESERTA SERTAI KEMPEN TONTON NON STOP, ON TOP!

Kempen ganjaran terbesar Tonton, Tonton Non Stop, On Top!, terus mencuri perhatian rakyat Malaysia apabila berjaya menarik hampir 1,000 penyertaan hanya dalam tempoh singkat selepas pelancarannya. Sambutan menggalakkan ini membuktikan minat tinggi pelanggan terhadap konsep penstriman berhadiah yang bukan sahaja menawarkan hiburan tanpa henti, malah peluang untuk membawa pulang pelbagai hadiah lumayan.

Kini memasuki pusingan pertama yang berlangsung dari 15 Jun hingga 28 Jun 2026, pelanggan TontonUp masih mempunyai peluang untuk menyertai pertandingan dan mula mengumpul mata bagi meningkatkan kedudukan mereka dalam carta peserta. Mata boleh diperoleh dengan menstrim kandungan terpilih yang ditetapkan sepanjang tempoh kempen, termasuk pelbagai drama vertikal Korea dan tempatan yang sedang menjadi pilihan ramai.

Berikut merupakan kandungan terpilih yang boleh ditonton bagi pusingan pertama ini:

The Tyrant’s Bride-to-be My Time-Travelling Prince 
My Guy Friend is a ChaebolThe MARRY Plan, MARRY 
My Partner, The Devil The Devil’s Schoolgirl 
Romance is ComedyBenci Jadi Cinta
Level Up to Mess Separuh Nafas Cinta
The Most Painful Kiss in the World Nur Untuk Ariff
Love Fight Club Mr. Perfect Ramadan
The Billionaire’s Imposter My Role Model
Love Magic at Hongsi BarKampong Gatal (KGG)
The Forbidden Bloom Offside Husband

Sebagai antara inisiatif ganjaran penstriman terbesar di Malaysia tahun ini, kempen ini menawarkan hadiah keseluruhan bernilai lebih RM700,000. Antara hadiah utama yang menjadi rebutan ialah sebuah Nissan Kicks e-Power 1.2L VL, sebuah GAC Emkoo 1.5L Turbo, dua unit TQ Wuling Bingo EV, 70 unit telefon pintar Oppo serta 1,120 baucar tunai Watsons bernilai RM108 setiap satu.

Bagi membantu peserta mengumpul mata dengan lebih pantas, Tonton turut memperkenalkan ciri khas dikenali sebagai Turboost. Menerusi ciri ini, pelanggan berpeluang memperoleh mata berganda apabila menstrim kandungan terpilih pada setiap hujung minggu, sekali gus memberi kelebihan tambahan kepada mereka yang ingin mendahului saingan.

Berikut ialah senarai kandungan terpilih yang menawarkan mata berganda menerusi Turboost bagi hujung minggu pertama (20 & 21 Jun 2026):

  • Anugerah Tanpa Cahaya
  • Ayahanda
  • Menanti Yang Pasti 
  • Switch 
  • Sori: Voice From the Heart

Selain itu, pelanggan juga boleh memperoleh mata bonus menerusi pembelian Tonton Subscription Gifts untuk keluarga dan rakan-rakan. Setiap hadiah langganan selama tiga bulan akan memberikan 100 mata bonus, manakala hadiah langganan selama 12 bulan pula menawarkan 400 mata bonus, menjadikan peluang untuk meningkatkan kutipan mata lebih mudah dan menarik.

Dengan jumlah penyertaan yang terus meningkat setiap hari, kempen Tonton Non Stop, On Top! dijangka menjadi antara program ganjaran penstriman paling berjaya tahun ini. Orang ramai yang masih belum menyertai kempen ini disarankan untuk bertindak segera bagi merebut peluang memenangi hadiah-hadiah eksklusif sambil menikmati pelbagai kandungan hiburan berkualiti di platform Tonton.