Karnival Jom Heboh (KJH), acara padang paling ikonik di Malaysia, kembali menghangatkan suasana menerusi kolaborasi istimewa bersama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sempena Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-80. Bertempat di Stadium Negeri Batu Kawan, karnival ini akan berlangsung selama tiga hari bermula 24 hingga 26 April 2026.
Penganjuran kali ini mencatatkan sejarah tersendiri apabila buat julung kalinya KJH bergabung dengan Karnival Mega JPJ MADANI, menggabungkan elemen hiburan keluarga dengan perkhidmatan komuniti secara langsung dalam suasana santai dan mesra.

Kehadiran Kepimpinan Tertinggi Negara Kemuncak penganjuran ini bakal diserikan dengan kehadiran YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, yang dijadualkan menyempurnakan Majlis Peluncuran Sambutan Ulang Tahun JPJ ke-80 pada Sabtu, 25 April. Turut dijadualkan hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pengangkutan, YB Loke Siew Fook; serta barisan kepimpinan tertinggi kerajaan dan negeri.
Inisiatif Rakyat dan Perkhidmatan JPJ Bagi menghargai sokongan rakyat, JPJ menyediakan pelbagai aktiviti menarik termasuk JPJ Fun Run, pertukaran topi keledar percuma, servis minyak hitam motosikal percuma, serta jualan nombor pendaftaran kenderaan eksklusif. Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati pemeriksaan kesihatan dan pergigian percuma serta agihan 12,000 pek nasi kari sepanjang acara berlangsung.
Hab Hiburan dan Aktiviti Keluarga Karnival Jom Heboh 2026 menawarkan pengisian padat buat semua peringkat umur menerusi beberapa zon utama:
- Studio Tonton Drama Sangat (STDS): Sesi ramah mesra (Meet & Greet) bersama barisan selebriti popular seperti Alya Iman, Muaz Zabir, dan Siti Hariesa. Turut diadakan ialah Pertandingan Karaoke Juara AJL, Explorace Ejen Ali, dan sambutan ulang tahun ke-10 Ejen Ali.
- Rumah Hantu Jom Heboh x Pewaris Susuk: Pengalaman seram interaktif yang diinspirasikan daripada filem Pewaris Susuk bersama penampilan khas Dato’ Rosyam Nor.
- Studio Jom Heboh: Memperkenalkan segmen baharu ‘Jom Cantik’ serta inisiatif kitar semula (ESG) di mana pengunjung yang membawa botol plastik terpakai akan menerima lencana eksklusif KJH.
- Dunia Kreatif NSTP: Reruai interaktif yang mengetengahkan elemen literasi media menerusi aktiviti kraf surat khabar kitar semula dan pertandingan ‘Wartawan Cilik’.
Konsert Jom Heboh dan Pesta Makanan Sebagai acara kemuncak, Konsert Jom Heboh bakal menggegarkan Batu Kawan selama dua malam berturut-turut. Malam Sabtu akan menampilkan Dato’ Sri Siti Nurhaliza, Dato’ Awie, Shiha Zikir, Kristal X dan Wani Kayrie. Manakala malam Ahad diteruskan dengan persembahan daripada Hael Husaini, Ara Johari, Nadeera, Floor 88, Mariam OIAM dan K.O.I.

Bagi peminat kulinari, Love Food Fest menghimpunkan pelbagai vendor makanan viral dan tempatan bagi memenuhi selera pengunjung.
KJH terus mengekalkan reputasinya sebagai platform penyatuan komuniti dengan sasaran kehadiran ratusan ribu pengunjung. Orang ramai dijemput hadir memeriahkan suasana dari jam 9:00 pagi hingga lewat malam.
Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti laman sosial rasmi @jomhebohofficial. Gunakan tanda pagar #KarnivalJomHeboh, #KJH2026 dan #TV3SentiasaBersamamu untuk perkongsian di media sosial.












