Dua Legenda Indonesia, Satu Panggung – Dewa 19 & Padi Reborn di KL

Tiga tahun selepas pertemuan terakhir pada 29 September 2023 menerusi konsert Dewa 19: A Night At The Orchestra – Chapter 5, Dewa 19 kembali menarik perhatian peminat mereka, Baladewa, dengan karya-karya ikonik seperti Kangen yang tetap segar dalam ingatan. Pada tahun 2026, Dewa 19 bersedia untuk mempersembahkan konsert terbaru bertajuk Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia, sebuah persembahan yang akan menyemarakkan lagi kenangan peminat melalui lagu-lagu hits seperti Roman Picisan.

Konsert ini dijadualkan berlangsung pada 6 Jun 2026 di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Icon Entertainment, penganjur di sebalik acara ini, memastikan Dewa 19 tampil bukan sahaja dengan persembahan luar biasa, tetapi juga membawa pengalaman yang berkesan buat para peminat. Band fenomena Indonesia yang diasaskan oleh Ahmad Dhani ini akan tampil bersama rakan seperjuangan mereka termasuk Andra Ramadhan, Yuke Sampurna, dan Agung Yudha.

Iman Tang, pengasas Icon Entertainment, menyatakan bahawa Dewa 19 selalu ingin kembali ke Malaysia kerana negara ini menempati tempat istimewa di hati mereka. “Sejak kali pertama menembusi pasaran Malaysia, Dewa 19 memiliki pengikut setia di sini. Setelah berbincang dan mencapai kata sepakat, kami menamakan konsert ini Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia,” ujarnya.

Konsert ini akan menampilkan tiga vokalis utama Dewa 19 iaitu Ari Lasso, Virzha, dan Marcello Tahitoe atau Ello, bersama Tyo Nugros. Lebih menarik, buat julung kalinya, Icon Entertainment akan mempersembahkan Padi Reborn sebagai band jemputan khas, sekali gus menggabungkan dua gergasi muzik Indonesia dalam satu pentas. Menurut Iman Tang, kerjasama ini membolehkan Baladewa dan Sobat Padi berkumpul dalam satu suasana penuh emosi dan kenangan, menebarkan rasa cinta yang sama melalui lagu-lagu hit kedua-dua band.

Konsert ini tidak akan menampilkan konsep yang berlebihan; sebaliknya, ia membawa tema yang romantis dan intim, sesuai dengan lagu-lagu seperti Sedang Ingin Bercinta dan Begitu Indah. Penonton dijangka akan menikmati suasana penuh kasih sayang dan nostalgia, sambil menyaksikan persembahan karismatik Dewa 19 dan Padi Reborn.

Tema pakaian untuk konsert kali ini adalah ringkas dan ikonik: T-Shirt Band Original. Para peminat disarankan memakai T-shirt rasmi Dewa 19 atau Padi Reborn untuk menzahirkan sokongan mereka. Tiket akan mula dijual pada Jumaat, 27 Februari 2026, jam 11 pagi melalui laman web www.ticket2u.com.my/dewa19. Harga tiket ditawarkan dalam beberapa kategori iaitu RM236 (Atas Nama Cinta), RM288 (Bala Sobat), RM388 (Pangeran Cinta), RM428 (Laskar Cinta), dan RM488 (Sedang Ingin Bercinta).

Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia pada 6 Jun 2026 dijangka mencetus fenomena, menjadikan Axiata Arena, Bukit Jalil, gegak gempita dengan pertembungan gergasi muzik dari Indonesia ini. Persembahan ini juga menegaskan ikatan persahabatan antara Baladewa dan Sobat Padi, membuktikan bahawa muzik dan cinta mampu menyatukan semua.

Maklumat Konsert:
Artis: Dewa 19 (Ari Lasso, Virzha, Marcello Tahitoe, Tyo Nugros)
Penampilan Khas: Padi Reborn
Acara: Dewa 19 – Cintaku Tertinggal di Malaysia
Tarikh: 6 Jun 2026
Lokasi: Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur
Masa: 8 malam
Penganjur: Icon Entertainment
Harga Tiket: RM236 – RM488
Pembelian Tiket: www.ticket2u.com.my/dewa19, mula dijual 27 Feb 2026, jam 11 pagi
Rakan Strategik: Sinar FM, ERA FM, Zayan, THR Gegar, TheNews.com.my, Gempak, Kesion, Warisan Outdoor, Opah Strawberries, DTC Car Lifestyle