“Mereka Nampak Macam Betul-Betul Bercinta!” – Jacie Puji Gandingan Leya Princy & El Putra Sarira

Filem terbaharu Rangga & Cinta terus mendapat pujian hangat daripada bintang muda Tracie Sinidol dan Jazmy Juma yang masing-masing memberikan penilaian lima bintang, menandakan filem ini berjaya menyentuh hati penonton dengan kisah cinta klasik penuh nostalgia.

Tracie meluahkan rasa terujanya selepas menonton filem tersebut. “Filem ini sangat mencuit hati dan banyak babak yang dekat dengan Gen Z, terutamanya tentang percintaan zaman sekolah dan persahabatan. Lagu-lagunya juga sangat menyeronokkan,” katanya.

Beliau turut berkongsi bahawa babak paling menyentuh perasaannya ialah ketika watak Cinta meluahkan perasaan dengan sokongan rakan-rakan Geng Cinta. “Ia menunjukkan erti persahabatan sejati yang sentiasa ada untuk menyokong antara satu sama lain. Memang sangat best!” ujar Tracie dengan senyuman.

Sementara itu, Jazmy pula mengakui keserasian antara pelakon utama Leya Princy dan El Putra Sarira begitu luar biasa hingga membuatkannya ‘cair’. “Chemistry mereka sangat-sangat hebat! Saya juga suka sebab filem ini bergenre muzikal — romantik, ringan dan menyeronokkan,” katanya.

Tambahnya lagi, “Babak paling saya suka ialah ketika Rangga dan Cinta bermain piano dan menyanyi bersama. Sejujurnya, banyak babak yang mengimbau kenangan lama waktu bercinta. Jadi memang kena tonton kalau nak rasa ‘flashback’ macam saya.”

Kedua-dua pelakon itu ditemui semasa acara Watch Party filem Rangga & Cinta pada 8 November 2025 di TGV One Utama. Dengan tema Back to School, para peminat dan selebriti hadir lengkap berpakaian sekolah, menjadikan suasana majlis begitu meriah dan penuh warna-warni nostalgia zaman persekolahan.

Turut hadir memeriahkan acara ialah pelakon-pelakon terkenal seperti Alvin Chong, Tony Eusoff, Shaza Bae, Norish Karman dan Manda.

Rangga & Cinta kini sedang ditayangkan di semua pawagam seluruh Malaysia. Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri getaran cinta, puisi dan kenangan yang hidup semula menerusi kisah paling ikonik ini.

“Bila dua jiwa bertemu, cinta menemukan nadanya… kerana setiap generasi punya Rangga & Cinta mereka sendiri.”

Untuk perkembangan dan kandungan eksklusif filem ini, ikuti Primeworks Studios di Facebook, Instagram, X dan YouTube.