Warga utara kini bersiap sedia untuk menikmati kehangatan acara padang paling ikonik di Malaysia apabila Karnival Jom Heboh (KJH) kembali ke Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang selama tiga hari berturut-turut bermula 7 hingga 9 November 2025. Karnival ini menjanjikan pelbagai aktiviti menarik, persembahan hebat serta kejutan istimewa buat seisi keluarga yang pastinya akan menghidupkan suasana penuh warna dan keriangan tanpa henti.
Sepanjang tiga hari penganjuran, para pengunjung akan disajikan dengan pelbagai aktiviti riadah dan hiburan seperti Street Soccer 3 on 3, Pertandingan Karaoke dan Tarian Tradisional Drama Sangat, Buletin Challenge, serta sesi Meet and Greet bersama barisan pelakon drama TV3 dan personaliti TV9. Selain itu, acara menarik lain termasuk Kids Colouring Contest, Tonton Thrill Rumah Hantu, permainan Soopa Doopa, pemeriksaan kesihatan dan gigi percuma, aktiviti memanah, Zumba Challenge, Pound Fitness Challenge, Jom Lokal Jam dan kemuncak yang paling dinantikan — Konsert Jom Heboh selama dua malam berturut-turut.
Karnival tahun ini turut memperkenalkan tarikan baharu, NSTP Light Sensory Room: Family Fiesta of Lights, dibawakan khas oleh The New Straits Times Press (NSTP). Di bawah tema Dance, Dream, and Delight in Projections, ruang interaktif ini menawarkan pengalaman imersif berasaskan cahaya dan deria yang sesuai untuk seisi keluarga. Pengunjung boleh menari bersama pancaran cahaya interaktif, menikmati visual lembut seperti langit berbintang dan dunia fantasi, serta merasai elemen bunyi, aroma dan cahaya berirama yang mencetuskan imaginasi.
Buat julung kalinya, Jom Heboh Fun Run akan dianjurkan sempena edisi tahun ini pada pagi Ahad, 9 November 2025, menandakan pembaharuan besar dalam karnival ikonik yang kini meraikan ulang tahun ke-22. Larian sejauh 5KM ini menggabungkan hiburan, muzik dan gaya hidup sihat dalam suasana penuh warna dengan penyertaan personaliti dan artis popular seperti Farah Nabilah Wazer, Fahiz Ariff, Barr Zaizan, Amirulhakim Lokman, Asrulnizam Kadir, Fatin Hamimah, Muaz Mohamed dan Drama Band. Peserta bakal menerima jersi edisi khas, beg hadiah bernilai lebih RM50 serta peluang memenangi cabutan bertuah bernilai lebih RM40,000, termasuk hadiah utama percutian luar negara dan pelan U Family 128 percuma selama 12 bulan dari U Mobile.
Aktiviti baharu lain yang bakal mencuri perhatian ialah Viper Challenge, cabaran halangan lasak yang menyeronokkan untuk seisi keluarga. Ia menampilkan pelbagai rintangan menarik yang bukan sahaja menguji kekuatan fizikal dan semangat berpasukan tetapi juga menjanjikan pengalaman menyeronokkan. Pasukan Komando Malaysia (GGK) turut tampil dengan mini setup dan demonstrasi khas bagi memberikan pengalaman sebenar kepada para peserta.
Barisan selebriti yang bakal memeriahkan KJH Pulau Pinang termasuk Muaz Zabir, Shamsul Ghau Ghau, Saidah Kamarudin, Syahmie Thsaqeef, Dayang Areeda, Anna Jobling, Liza Abdullah dan Shaza Bae. Turut hadir personaliti Media Prima seperti Fedtri Yahya, Amirulhakim Lokman, Fatin Hamimah, Fahiz Arif, Farah Nabilah Wazer, Zati Nizam, Shafiq Adnan dan Neesa Khir yang akan beramah mesra dengan peminat sepanjang acara berlangsung.
Selain reruai Media Prima, lebih 150 reruai lain turut hadir menawarkan pelbagai promosi menarik daripada jenama besar seperti Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melalui kempen Simpan Baik Baik, Puspakom, dan Perkampungan Usahawan UDA. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai makanan viral yang kini menjadi trend di media sosial sambil bersantai bersama keluarga.
Sempena tayangan filem Rangga & Cinta yang bakal menemui penonton pada 6 November, pertandingan Karaoke Rangga & Cinta turut diadakan di Studio Tonton Drama Sangat (STDS) pada Sabtu, 8 November 2025. Pertandingan ini terbuka kepada peserta berusia 13 hingga 50 tahun dan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak RM2,500. Pada Ahad, 9 November, Pertandingan Karaoke Terbuka pula memberi peluang kepada peserta mempersembahkan lagu pilihan mereka sendiri.
Kemuncak acara, Konsert Jom Heboh, bakal berlangsung selama dua malam berturut-turut. Malam pertama, 8 November, akan dikendalikan oleh Muaz Mohamed dan Aisha Mazlin dengan persembahan daripada Amelina, Nabila Razali, Sofaz, Kaka Azraff dan Jimi (OIAM). Malam kedua pula, 9 November, menampilkan barisan artis hebat seperti K.O.I, Aisha Retno, Naqiu, Khai Bahar, Drama Band dan Aina Abdul, yang akan menutup tirai karnival dengan persembahan penuh bertenaga.
KJH Pulau Pinang edisi 2025 menjanjikan gabungan hiburan, gaya hidup sihat dan interaksi komuniti dalam suasana penuh warna dan keceriaan. Datang beramai-ramai ke Stadium Batu Kawan dari 7 hingga 9 November 2025 dan rasai sendiri kemeriahan yang hanya boleh dirasai di Jom Heboh! Gunakan tanda pagar rasmi #TV3SentiasaBersamamu, #KarnivalJomHeboh dan #KJHPenang2025 untuk berkongsi detik istimewa anda. Untuk maklumat lanjut, layari www.jomheboh.com.my atau ikuti Facebook dan Instagram rasmi @jomhebohofficial.