AIRASIA HAUSBOOM FESTIVAL 2025: ‘PAINT THE TOWN RED’ BAWA LETUPAN MUZIK, FESYEN & MAKANAN TERHEBAT TAHUN INI!

Serdang kembali bergetar dengan kemeriahan apabila AirAsia Hausboom Festival 2025 powered by Hotlink membuka tirainya di MAEPS, Serdang pada 11 dan 12 Oktober 2025! Festival yang bertemakan “Paint The Town Red” ini menjanjikan dua hari penuh energi dari 12 tengah hari hingga 12 tengah malam, dengan gabungan muzik, fesyen dan makanan terbesar tahun ini.

Acara ini turut meraikan barisan 33 artis hebat dari Malaysia dan Indonesia, antaranya Dato’ M. Nasir, Dato’ Jamal Abdillah, Ella, Noh Salleh & Restoe Iboe Band, Samsons, K-Clique, Dolla, Bunkface, Def Gab C, Insomniacks, 6ixth Sense, Salammusik, Slam, Kunto Aji, Bernadya, Feby Putri, Nadhif Basalamah, Ghea Indrawari dan ramai lagi. Dari lagenda muzik tanah air hinggalah ke bintang muda Nusantara, setiap persembahan dijanjikan penuh semangat dan kenangan.

Festival ini bukan sekadar tentang muzik, tetapi juga pengalaman gaya hidup menyeluruh. Dengan AirAsia sebagai Official Partner dan Hotlink sebagai Official Telco Partner & Powered by, festival ini turut menampilkan pelbagai rakan rasmi seperti KL Foodie (Official Food Fest Co-Organizer), 7-Eleven (Official Convenience Store), Perodua (Official Car Partner), SOVO (Official Thrift Partner), SVG (Official Merchandise Partner), Kahf (Official Personal Care Partner), Ampera Raya (Official Nasi Padang Partner), Dorsett Hotel (Official Hotel Partner), KUEH (Official Kueh Partner) serta Astro Gempak (Official Digital Media Partner).

Setiap sudut festival direka untuk mencipta kenangan daripada pentas utama yang menampilkan persembahan epik, hingga ke zon makanan yang meriah dengan citarasa tempatan dan antarabangsa. Pengunjung juga boleh menikmati pelbagai aktiviti menarik termasuk pameran fesyen, jualan barangan eksklusif, dan penampilan khas daripada personaliti terkenal.

Menariknya, festival ini turut mengetengahkan kisah inspirasi dari setiap band dan artis, seperti LOKO yang bermula dari jamming sekolah hingga berjaya menembusi carta digital, TT.13 yang menggabungkan trap dan rock-kapak, serta The Rudean, pemenang Hausboom Gig yang kembali menggegarkan pentas utama.

Dengan semangat “Paint The Town Red”, AirAsia Hausboom Festival 2025 powered by Hotlink bukan sekadar acara hiburan ia adalah perayaan budaya, kreativiti dan komuniti muzik serantau. Jadi, bersiaplah untuk dua hari yang penuh warna, penuh tenaga, dan penuh cinta terhadap muzik!