HONOR Hargai Wira Negara Dengan Diskaun Eksklusif Untuk Anggota Bomba

HONOR meraikan jasa dan pengorbanan anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dengan mengiktiraf HONOR X9d 5G sebagai telefon pintar pilihan rasmi wira negara. Majlis penghargaan yang berlangsung di ibu pejabat JBPM, Putrajaya itu turut dihadiri pegawai bomba, anggota bertugas serta rakan media, bagi meraikan keberanian dan dedikasi pasukan bomba di seluruh negara.

HONOR X9d 5G menjadi pilihan utama anggota bomba kerana rekaannya yang tahan lasak dan sesuai digunakan dalam keadaan ekstrem seiring dengan semangat juang ‘Wira Merah’. Dengan penarafan kalis air IP69K, Pensijilan Prestasi Premium Rintangan Tiga Kali Ganda SGS, serta Waranti Perlindungan Kerosakan Cecair 1 Tahun, peranti ini menawarkan perlindungan menyeluruh terhadap air, habuk dan hentakan. Ia turut dilengkapi Perlindungan Retak Depan dan Belakang 365 Hari serta Waranti Lanjutan 1 Tahun, menjadikan HONOR X9d 5G satu-satunya telefon pintar di Malaysia yang memberikan jaminan komprehensif sebegini.

Selain ketahanan luar biasa, HONOR X9d 5G turut menampilkan enam peningkatan hebat yang sesuai untuk pelbagai lapisan masyarakat. Antara keistimewaannya ialah bateri berkapasiti besar 8,300mAh yang mampu bertahan sehingga tiga hari dengan sekali cas, paparan OLED 6.79 inci resolusi 1.5K dan kecerahan puncak 6,000 nits, serta prestasi mantap dikuasakan cip Snapdragon 6 Gen 4. Sistem audio dwi pembesar suara dengan bunyi sehingga 400% turut memberikan pengalaman multimedia yang lebih mengasyikkan semuanya pada harga bermula RM1,499.

Sebagai tanda penghargaan kepada keberanian anggota bomba, HONOR menawarkan diskaun eksklusif 15% kepada JBPM untuk setiap pembelian HONOR X9d 5G melalui laman web rasmi HONOR bermula 10 Oktober. Tawaran ini sah dengan penggunaan alamat emel rasmi JBPM, dan setiap pembelian turut disertakan hadiah eksklusif bernilai RM946 termasuk jam tangan pintar HONOR Watch 2i dan pelbagai waranti perlindungan tambahan.

HONOR X9d 5G hadir dalam empat pilihan warna menarik Reddish Brown, Forest Green, Sunrise Gold dan Midnight Black dengan storan 24GB (termasuk 12GB HONOR Turbo RAM) + 256GB pada harga RM1,499, serta varian 512GB pada harga RM1,699. Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi HONOR di www.honor.com/my.