Menonton drama kini bukan lagi terhad di skrin semata-mata. Bermula 18 September hingga 20 Oktober 2025, Tonton mempersembahkan sebuah pengalaman istimewa kepada para peminat siri original terbaharu mereka, Me.N.U, menerusi kolaborasi eksklusif bersama destinasi kafe pilihan ramai, Box KL. Kempen ini menggabungkan dunia penceritaan penuh emosi dengan sentuhan kulinari, menjadikannya sebuah pengalaman unik yang dapat dirasai secara nyata.
Mengangkat tema cinta, konflik dan pilihan hati yang menjadi nadi utama drama Me.N.U, kolaborasi ini diterjemahkan ke dalam menu istimewa yang diinspirasikan terus daripada personaliti serta kisah watak-watak utamanya. Setiap hidangan yang dihasilkan bukan sekadar makanan, tetapi turut menjadi simbol emosi dan perjalanan yang digarap dalam naratif drama tersebut.
Drama 10 episod arahan Faliq Sharif ini menampilkan Nabila Razali sebagai Lisa, seorang chef yang kerjayanya tergugat selepas membela rakan sekerja yang dibuli. Tekadnya untuk membuka restoran sendiri terbantut apabila pinjamannya ditolak oleh Haris, lakonan Andi Bernadee, seorang pegawai bank yang menjadi punca tercetusnya hubungan tegang penuh perseteruan. Drama ini turut dibintangi oleh Natasya Mahyan, Puteri Awani, Ako Mustapha, Noniswara dan Azizah Mahzan, yang melengkapkan penceritaan penuh emosi ini.
Kolaborasi ini lebih menarik dengan kemunculan dua kreasi kulinari unik yang dicipta khas bagi meraikan drama tersebut. Hidangan pencuci mulut Strawberry Matcha Tiramisu ‘Lisa Miss U’ melambangkan watak Lisa yang manis, lembut dan penuh kerinduan. Perpaduan tiramisu, strawberry segar dan matcha mencipta rasa yang unik serta mendalam, seolah-olah mencerminkan emosi dalam jalan cerita. Sementara itu, minuman tropika Tropical Pina Colada ‘Pina Colada Haris’ pula menggambarkan sisi carefree dan karisma Harris. Rasanya yang ringan namun menceriakan menjadikannya simbol kepada watak penuh pesona dalam Me.N.U.
Lebih istimewa, setiap pembelian Lisa Miss U hadir bersama langganan percuma TontonUP selama sebulan. Tawaran ini memberikan peluang kepada peminat untuk menikmati drama Me.N.U secara tanpa had, sekali gus membawa mereka lebih dekat dengan kisah penuh konflik dan cinta yang digarap dalam siri tersebut.
Kolaborasi ini bukan sekadar strategi promosi drama, tetapi turut memberikan pengalaman baharu kepada peminat untuk benar-benar menyelami dunia Me.N.U. Gabungan hiburan dan kulinari ini menjadikan setiap momen, sama ada di skrin ataupun di Box KL, sebagai satu pengalaman eksklusif yang menzahirkan keindahan kisah cinta dan konflik dalam drama ini.
Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Me.N.U, eksklusif hanya di Tonton! Untuk perkembangan terkini dan maklumat lanjut mengenai rancangan kegemaran anda, ikuti saluran rasmi Tonton di Facebook, Twitter, TikTok dan Instagram @tontonmy.