Drama Ikonik & Koleksi Anna Jobling, Eksklusif untuk Peminat di Tonton!

Menjelang malam penuh gemilang Seoul Drama Awards (SDA) 2025, Tonton tampil dengan kejutan istimewa buat para peminat setia Anna Jobling menerusi kempen “Koleksi Pujaan Hati”. Himpunan eksklusif drama ikonik lakonan bintang muda kesayangan ramai ini bakal membawa penonton kembali mengimbau pesona dan bakat luar biasa Anna sebelum beliau melangkah ke pentas antarabangsa.

Melalui seleksi drama terbaik TV3 yang pernah mencetus fenomena, penonton berpeluang menyaksikan semula lakonan hebat Anna Jobling dalam karya popular seperti Melur Untuk Firdaus, Terima Kasih Cinta, Bella – Bila Cinta Bersatu dan banyak lagi. Koleksi ini bukan sahaja mengingatkan kita kepada perjalanan seni Anna, malah menjadi simbol penghargaan buat sokongan peminat sejak awal kemunculannya.

Bermula 25 September 2025, peminat boleh melanggan Tonton dengan harga istimewa hanya RM20 untuk tiga bulan, menggunakan kod diskaun eksklusif ‘ANNAJOBLING’ bagi menikmati promosi early bird. Tawaran ini memberikan peluang terbaik untuk kekal dekat dengan karya kegemaran anda tanpa membebankan poket.

Kehadiran Anna Jobling di SDA 2025 merupakan detik bersejarah bukan sahaja buat dirinya, tetapi juga untuk Malaysia. Berentap bersama nama-nama besar dari seluruh Asia, penyertaan Anna membuktikan bahawa bakat tempatan mampu berdiri megah di pentas dunia.

Jangan lepaskan peluang menyertai kempen “Koleksi Pujaan Hati” di Tonton. Saksikan drama kegemaran, rebut tawaran eksklusif dan berikan sokongan padu buat Anna Jobling dalam perjalanannya mengharumkan nama Malaysia di Seoul Drama Awards 2025. Untuk maklumat lanjut, ikuti perkembangan terkini melalui saluran rasmi TV3 dan Tonton.