Malam kemuncak Cat Fashion Week yang berlangsung pada Ahad lalu benar-benar mencuri perhatian ramai apabila si bulus tampil penuh gaya di pentas runway. Acara penuh meriah ini bukan sahaja meraikan kreativiti pemilik, tetapi juga menonjolkan keunikan serta pesona si bulus.
Gelaran ‘Super Meow-del’ malam itu dimenangi oleh Nor Anis Halyatie bersama kucingnya, Evian, sekali gus membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi. Tidak kurang menarik, Siti Rohani bersama Goyem turut menerima Anugerah FELIX – Si Bulus Paling Memikat daripada penaja utama Purina.
3.2 Juta Tontonan & 515 Juta Capaian Media Sosial
Kejayaan Cat Fashion Week terbukti apabila ia mencatat 3.2 juta penonton di TV3 (sumber: Nielsen). Popularitinya juga meletup di media sosial dengan 515 juta capaian, hasil perkongsian seperti siri Kucing AI, video peserta dan foto profil sepanjang pra-penjurian hingga selepas malam kemuncak (sumber: Meltwater & SproutSocial).
Perjuangan Finalis & Cabaran Unik
Untuk malam penentuan, para finalis berikan sepenuh usaha – daripada merancang tema, memilih busana, hingga memastikan kucing selesa di atas pentas. Ada yang sanggup menunggu fabrik dari luar negara, malah ada juga yang membuat persediaan sendiri bila masa semakin suntuk.
Cabaran terbesar? Membiasakan si bulus dengan pakaian, spotlight, kamera dan sorakan penonton. Walaupun bukan mudah, inilah yang menjadikan acara ini istimewa kerana memperlihatkan kesabaran, dedikasi dan kasih sayang pemilik terhadap kucing mereka.
Lebih Dari Sekadar Hiburan
Selain persembahan yang penuh warna-warni, penonton turut mendapat tip penjagaan kucing serta nasihat grooming daripada para juri dan peserta. Cat Fashion Week membuktikan bahawa acara hiburan juga boleh memberi manfaat sambil mencipta kenangan indah buat pemilik dan si bulus kesayangan.
Acara ini dibawakan oleh PURINA FELIX – Rasa Memikat, Kucing Buat Apa Saja! , dengan Hot FM sebagai rakan radio rasmi dan SAYS sebagai rakan digital rasmi.
Untuk kemas kini terkini, ikuti TV3 di Facebook, Twitter, YouTube, TikTok dan Instagram @TV3Malaysia.