Lagu Baru Dukes Buat Yang Pernah Disayang Tapi Tak Dihargai

Band indie tempatan Dukes terus mencuri perhatian peminat dengan lagu kelima mereka, Bila Kau Datang Menangis. Lagu ini mengetengahkan tema keberanian melepaskan cinta tidak setara, serta kebangkitan harga diri selepas menjadi ‘tempat singgah’ dalam hubungan yang tidak adil.

Ditulis oleh Rayyan Razzaq dan Hazim Osman, dengan gubahan oleh anggota Dukes sendiri, lagu ini menyajikan pop rock moden yang matang dan emosional. “Lagu ini untuk semua yang pernah rasa jadi pilihan kedua. Kami mahu ia jadi semangat untuk bangkit dan belajar hargai diri,” kata Dukes.

Dukes turut berkolaborasi buat kali pertama dengan Taja dari Meet Uncle Hussain, yang memberi sentuhan lebih dinamik dan matang dalam susunan muzik mereka. “Kami keluar dari zon selesa dan benar-benar beri jiwa pada lagu ini,” tambah mereka.

Dianggotai oleh Ziggy (vokal), Rayyan (gitar), Jimbo (gitar), Umar (bass) dan Cheng (dram), Dukes menyifatkan lagu ini sebagai salah satu karya penting yang mencerminkan perkembangan mereka sebagai pemuzik.

Bila Kau Datang Menangis kini boleh didengari di Spotify, Apple Music dan YouTube. Saksikan bagaimana Dukes membalut luka dengan muzik kerana kadangkala, melepaskan adalah bentuk cinta terbaik untuk diri sendiri. Ikuti perkembangan mereka di Instagram @alternate.my_, TikTok @alternate.rt_ dan Facebook @alternate.my. – Tehtariktimes