iQOO Neo 10 akan dilancarkan secara rasmi pada 5 Jun 2025 dan boleh didapati secara eksklusif di TikTok iQOO Mall serta Kedai Rasmi iQOO sehingga 9 Julai 2025. Telefon ini menggunakan sistem dwi-cip berkuasa tinggi iaitu Snapdragon® 8s Gen 4 bersama cip grafik Superkomputer Q1, memberikan prestasi hebat untuk permainan dan penggunaan harian.
Terdapat dua pilihan model: 12GB RAM + 256GB storan dan 16GB RAM + 512GB storan, kedua-duanya datang dengan hadiah percuma seperti waranti tambahan, perlindungan skrin, fon kepala Fantech, dan aksesori gaming. Antara ciri utama telefon ini ialah skrin AMOLED 1.5K dengan kadar segar semula 144Hz, bateri besar 7000mAh dengan pengecasan pantas 120W, dan sistem penyejukan canggih VC 7.

Selain itu, tawaran tambahan seperti iQOO Buds 1i, sarung jari khas, dan pengecas pantas juga tersedia dengan harga promosi. Pelanggan turut boleh menikmati rebat permainan melalui Razer Gold dan aksesori eksklusif Fantech. TikTok juga menyediakan baucar diskaun dengan potongan sehingga RM200 pada waktu tertentu.
Untuk tambah semangat, iQOO menganjurkan “Top 100 Creator Squad” dan pertandingan livestream dari 9 hingga 17 Jun, di mana pembeli boleh mendapat hadiah percuma dan pencipta video terbaik berpeluang memenangi wang tunai dan kerusi gaming eksklusif. Jangan lepaskan peluang ini kerana stok dan hadiah adalah terhad!