TehTarikTimes

News, Entertainment and Lifestyles

DJI Power Auro 2000 Elite Tampil Lebih Kompak, Integrasi Pengecasan Kenderaan dan Tenaga Suria

Stesen kuasa ultra-kompak DJI Power Auro 2000 Elite dengan kapasiti 2kWh dan reka bentuk All-in-One serba baharu

Reka Bentuk All-in-One dan Mobiliti Ultra-Kompak

DJI secara rasmi memperkenalkan DJI Power Auro 2000 Elite, stesen kuasa berkapasiti 2kWh paling kompak keluarannya dengan output stabil sehingga 2,000W. Menampilkan reka bentuk All-in-One pertama daripada DJI, peranti ini mengintegrasikan pengecas kereta, modul solar MPPT, kabel retractable 140W serta dua port SDC pintar dalam satu kerangka seberat sekitar 19kg. Saiznya yang 24 peratus lebih kecil dan 14 peratus lebih ringan memudahkan penyimpanan, menjadikannya pilihan ideal untuk aktiviti luar, sandaran elektrik di rumah, mahupun tugasan profesional, selain menyokong pengembangan kapasiti sehingga 12kWh dengan pek bateri tambahan kelak.

Inovasi Pengecasan Serbaguna DJI Power Auro 2000 Elite

Stesen kuasa ini membekalkan gelombang sinus tulen yang stabil untuk mengendalikan peralatan elektrik terpilih dengan kuasa puncak sehingga 2,200W. Fleksibiliti pengecasannya disokong lima kaedah cekap, termasuk input soket dinding sehingga 2,000W yang membolehkan pengecasan pantas dari sifar ke 80 peratus dalam tempoh 60 minit sahaja. Pengguna juga boleh mengecas penuh menggunakan bateri kereta dalam masa empat jam, memanfaatkan tenaga suria sehingga 1,200W dalam 2.7 jam melalui modul MPPT, menggabungkan pengecasan solar dan bateri kereta serentak (600W setiap sumber), atau menggabungkan soket AC bersama tenaga luaran.

Integrasi Ekosistem Dron dan Sokongan Mod UPS Pantas

Kabel USB-C retractable 140W (PD 3.1) terbina dalam memastikan penggunaan sentiasa kemas tanpa wayar berselirat. Menerusi dua port SDC pintar, unit ini menyokong pengecasan pantas ekosistem DJI termasuk mengecas bateri siri DJI Air 3 hingga 95 peratus dalam masa 30 minit dan bateri Matrice 4 dalam 35 minit, selain menyokong sambungan ke DJI O4 Ground Station. Pengurusan peranti diperkemas melalui aplikasi DJI Home dan mod UPS pantas 0.01 saat bagi melindungi bekalan peralatan penting, dengan operasi senyap di bawah paras 30dB.

Jangka Hayat Bateri LFP dan Ketersediaan di Malaysia

Aspek keselamatan dijamin oleh sel bateri LFP tahan lasak yang mengekalkan hayat melebihi 6,000 kitaran pengecasan, kerangka kalis api 5VB berdaya tahan beban satu tan, perlindungan salutan sub-nano terhadap kakisan, serta sistem BMS pintar lengkap 13 penderia suhu. DJI Power Auro 2000 Elite kini rasmi ditawarkan di pasaran Malaysia pada harga RM6,509 melalui pengedar sah serta stor dalam talian DJI, lengkap dengan tawaran jaminan sehingga lima tahun dan pulangan lima peratus DJI Credit.