vivo Malaysia dengan bangganya memperkenalkan vivo V50 Lite 5G, peranti terkini dalam siri V50 yang direka untuk pengguna moden yang mengutamakan gaya, ketahanan dan kecerdasan teknologi. Dengan bateri BlueVolt 6500mAh paling nipis daripada vivo setakat ini, reka bentuk ultra nipis hanya 7.79mm dan ciri-ciri pengimejan serta prestasi dipacu AI, vivo V50 Lite 5G menetapkan penanda aras baharu dalam segmen pertengahan.
Walaupun hadir dalam reka bentuk yang langsing dan bergaya, vivo V50 Lite 5G menyembunyikan kuasa luar biasa di sebaliknya. Bateri BlueVolt 6500mAh mampu menyokong tontonan YouTube sehingga 27 jam atau lebih 15 jam penggunaan aplikasi TikTok. Disertakan dengan pengecasan pantas FlashCharge 90W, pengguna boleh mendapatkan 20% bateri dalam masa hanya 7.5 minit dan pengecasan penuh dalam masa 52.5 minit. Tambahan pula, teknologi pengecasan songsang membolehkan pengguna mengecas peranti lain, menjadikan telefon ini rakan serba boleh dalam sebarang situasi.
Daripada segi rekaan, vivo V50 Lite 5G tampil dalam tiga warna elegan berinspirasikan alam semula jadi – Titanium Gold, Phantom Black dan Fantasy Purple – dengan skrin rata 2.5D dan paparan P-OLED bersaiz 6.77 inci yang memberikan pengalaman visual mengasyikkan melalui nisbah skrin-ke-badan sebanyak 94.2%.
Bagi peminat fotografi, vivo V50 Lite 5G dilengkapi Kamera Utama 50MP menggunakan sensor Sony IMX882, bersama Kamera Ultra-Lebar 8MP dan Kamera Swafoto 32MP. Aura Light setaraf studio membolehkan pencahayaan yang lebih semula jadi, manakala AI Image Studio dengan AI Erase 2.0 dan AI Photo Enhance memudahkan penyuntingan imej hanya dengan satu ketikan. Beberapa ciri pintar turut disertakan seperti Circle to Search with Google, Live Text, dan AI Screen Translation yang menyokong lebih 130 bahasa semua direka untuk meningkatkan produktiviti dan kemudahan harian pengguna.
Untuk memastikan ketahanan menyeluruh, vivo V50 Lite 5G telah memperoleh pensijilan SGS Lima Bintang Rintangan Jatuh dan memenuhi piawaian ketahanan gred tentera. Ia juga mempunyai perlindungan IP65 terhadap air dan habuk, serta fungsi Sentuhan-Tangan-Basah yang memastikan skrin kekal responsif dalam pelbagai keadaan. Teknologi bateri vivo turut merangkumi Carbon Recomposition, Laser Etching dan Battery Encapsulation, yang membolehkan ketahanan jangka panjang, dengan jaminan kesihatan bateri selama lima tahun.
Bagi meraikan pelancaran ini, vivo Malaysia menjalinkan kerjasama bersama dua personaliti media sosial berpengaruh Arwind Kumar dan Jobroseph sebagai Rakan Rasmi V50 Lite yang mempamerkan bagaimana vivo V50 Lite 5G menyokong gaya hidup aktif dan ekspresif mereka. Majlis pelancaran turut menampilkan vivo BlueVolt Big Battery Game Zone, memberi peluang kepada para tetamu mencuba sendiri ketahanan bateri melalui pelbagai permainan interaktif, termasuk strim langsung eksklusif dari studio radio tempatan menggunakan vivo V50 Lite 5G dari awal hingga akhir acara tanpa gangguan.
vivo juga mengajak orang ramai menyertai cabaran TikTok #BlueVoltBatteryMissionMY dari 1 hingga 18 Mei 2025. Peserta hanya perlu memuat naik video kreatif mempamerkan ketahanan bateri vivo V50 Lite 5G untuk peluang memenangi hadiah eksklusif termasuk satu unit peranti baharu.
vivo V50 Lite 5G kini boleh didapati di seluruh Malaysia pada harga RM1,299. Pelanggan yang membeli peranti ini dari sekarang hingga 2 Jun 2025 di Kedai Konsep vivo akan menerima ganjaran bernilai sehingga RM1,096 termasuk vivo Buds bernilai RM129, rebat tunai RM100, lanjutan waranti vivo care+ selama 1+1 tahun, waranti bateri selama lima tahun, perlindungan skrin selama 180 hari dan waranti berbilang wilayah. Pembeli juga layak menikmati diskaun SpayLater RM100 (sehingga 31 Mei 2025), pelan ansuran 0% sehingga 24 bulan dan kemudahan tukar beli peranti lama.
Untuk maklumat lanjut mengenai vivo V50 Lite 5G, sila layari laman web rasmi vivo Malaysia di www.vivo.com/my dan ikuti perkembangan terkini melalui Facebook dan Instagram.