Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025: Festival Jualan Raya Terpanjang di Malaysia

Festival jualan raya terbesar dan paling dinanti-nantikan, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025, bakal berlangsung dengan penuh kemeriahan di WTC Kuala Lumpur dari 14 hingga 24 Mac 2025. Selama 11 hari tanpa henti, festival ini menawarkan pengalaman membeli-belah yang luar biasa dengan gabungan elemen pameran raya dan festival makanan dalam satu acara besar-besaran.

Dengan tagline “Shopping Awal Tak Kalut”, festival ini bukan sahaja menyediakan pelbagai pilihan produk persiapan raya, tetapi juga akan mencatat sejarah dalam Malaysia Book of Records sebagai festival raya terpanjang dan terlama di Malaysia.

Antara tarikan utama festival ini termasuk cabutan bertuah harian dengan lebih 300 gold coin, serta hadiah utama berupa sebuah kereta elektrik (EV Car), yang pastinya akan menarik minat ramai pengunjung.

Buat pertama kali dalam sejarah, festival ini turut menampilkan Rasa Fusion Food Festival, yang menghimpunkan 80 booth makanan eksklusif. Pengunjung berpeluang menikmati pelbagai juadah enak sempena Ramadan, menjadikannya pengalaman membeli-belah yang lebih bermakna dan menyeronokkan.

Keunikan festival ini semakin terserlah dengan adanya live booth percuma bagi vendor terpilih serta sesi podcast harian yang akan membincangkan pelbagai topik menarik berkaitan persiapan raya dan trend terkini. Kehadiran jenama terkenal seperti Prima Valet bersama barisan duta dan selebriti popular seperti Ashraf Muslim, Kak KM, Emy Takal, Ifik Takal, Bella Hanna, Aisyah Rahim, Nurul Ellyna, Iddin Ramli.

Dalam sidang media yang berlangsung pada 10 Mac 2025 di Marble Stage, Level 2, WTC Kuala Lumpur, pihak penganjur Mivas City Sdn Bhd bersama rakan strategik berkongsi lebih banyak maklumat mengenai aktiviti dan kejutan menarik sepanjang festival ini.

Lebih daripada sekadar tempat membeli-belah, Gerobok Biru Gegak Gempita Raya 2025 menjadi platform untuk mengangkat keunikan budaya dan gaya hidup rakyat Malaysia dalam menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Festival ini turut mendapat sokongan daripada WTC Kuala Lumpur sebagai Official Venue, Specta sebagai Strategic Partner, Rasa Fusion Food Festival sebagai Official Food Festival, Ombak Exclusive sebagai Official Printing Partner serta VNM Studio sebagai Official Media Partner.

Jangan lepaskan peluang untuk merasai sendiri kemeriahan festival ini dan nikmati pengalaman membeli-belah yang luar biasa! Untuk maklumat lanjut, hubungi Mivas City Sdn Bhd melalui email di sales.gerobokbiru@gmail.com atau layari media sosial TikTok/Facebook/Instagram: @gerobokbiru