Astro kembali mempersembahkan Gempak Most Wanted Awards (GMWA) 2024, sebuah anugerah berprestij di bawah jenama Astro Gempak yang meraikan pencapaian individu serta fenomena digital terkini. Sidang media eksklusif pengumuman calon Top 5 GMWA 2024 berlangsung meriah di DADI Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, memperkenalkan 11 kategori utama yang merangkumi Selebriti Tergempak, Program Digital Tergempak, Digital Creator (Lifestyle) Tergempak, Digital Creator (Foodie) Tergempak, serta Digital Creator (Motivation & Education) Tergempak.
Tahun ini, anugerah khas seperti Keluang Man of the Year, yang mengiktiraf individu dengan impak positif dalam komuniti, dan anugerah utama Gempak Most Wanted 2024, untuk individu dengan undian tertinggi secara keseluruhan, turut diperkenalkan. Penyanyi popular Aina Abdul mendominasi tiga kategori iaitu Lagu/Audio Tergempak untuk kolaborasinya bersama Fabio Asher menerusi lagu Cinta Tak Pernah Tepat Waktu, Program Digital Tergempak dengan Confession Bilik Gelap, serta Video Muzik Tergempak menerusi lagu Puas Sudah.
Pelakon sensasi Anna Jobling, pemenang utama GMWA 2023, turut bersaing dalam kategori Selebriti Digital Tergempak, bersama pelakon hebat lain seperti Amir Ahnaf, Meerqeen, Erysha Emyra, dan Scha Elinnea. Dalam kategori Digital Creator (Beauty & Fashion) Tergempak, calon yang menyerlah termasuk Sofea Shra, Hawa Johanis, Malia Baby, Agy, dan Yana Hassan.
Menambah keterujaan edisi kali ini, GMWA 2024 mempersembahkan lagu tema baharu bertajuk Gempak Most Wanted, hasil nyanyian Hael Husaini dan Nadeera Zaini. Lagu ini memperkukuhkan semangat anugerah dengan tema ‘Flex Your Art’, menyeru setiap pencipta kandungan untuk menonjolkan keunikan karya mereka melalui pelbagai medium.
Sidang media turut mengumumkan kejayaan luar biasa undian fasa pertama, mencatatkan 9.5 juta undian, lapan kali lebih tinggi berbanding tahun sebelumnya. Ketua Content Studio Astro, Syazwan Zakariah, menyifatkan sokongan ini sebagai cerminan minat mendalam rakyat Malaysia terhadap anugerah ini. “Rekod ini mengukuhkan kedudukan GMWA sebagai platform utama meraikan bakat digital,” katanya sambil memberikan penghargaan kepada Fritilldea, pereka seni GMWA 2024, yang membawa visual tema menjadi realiti.
Acara utama GMWA 2024 akan diadakan secara LIVE pada 23 Februari 2025 dari Auditorium MBSA, Shah Alam, eksklusif di saluran Astro Ria (104), serta platform On Demand, Astro GO, sooka, dan semua media digital Astro Gempak. Malam anugerah bakal dimeriahkan dengan persembahan artis seperti Zizan Razak, Ernie Zakri, Hael Husaini, Amir Masdi, Ara Johari, dan ramai lagi, termasuk kejutan dari diva terkemuka, sebuah band popular, dan bintang serantau.
Undian fasa kedua dibuka dari 15 Januari hingga 23 Februari 2025, melalui laman rasmi www.gempakmostwantedawards.com. Format undian yang sama dikekalkan untuk menentukan pemenang setiap kategori. Pastikan anda tidak ketinggalan menyaksikan anugerah yang dinanti-nantikan ini, serta melanggan pakej Astro untuk pengalaman hiburan tanpa had.
Manfaatkan pengalaman penstriman dengan Pakej Astro One bermula RM49.99 atau tambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pakej Entertainment hanya RM139.99/bulan. Untuk maklumat lanjut, layari www.astro.com.my atau WhatsApp 03 9543 3838. Untuk maklumat lanjut mengenai GMWA 2024, ikuti Astro Gempak di semua platform media sosial atau layari www.astro.com.my.