Calpis Soda One In A Million (CSOIAM) membuka tirai dengan penuh gemilang! Episod pertama ini bukan sahaja mencetus keterujaan, malah menjadi fenomena yang menjadi bualan seluruh negara. Persembahan memukau oleh 20 peserta luar biasa, kemunculan bekas juara One In A Million, dan penampilan legenda muzik seperti KRU mencipta malam penuh magis yang sukar dilupakan. Tidak hairanlah, hashtag #OIAM melonjak ke tangga pertama trending di platform “X,” dengan lebih 700 juta capaian di media sosial!
CSOIAM bukan sekadar rancangan realiti, tetapi satu jenama yang terus mengungguli carta populariti. Jumlah tontonan dan capaian interaksi yang tinggi membuktikan rancangan ini berjaya menarik perhatian penonton dari pelbagai lapisan masyarakat. Ia mengukuhkan kedudukannya sebagai pertandingan paling dinantikan, menyatukan bakat generasi baharu dengan sokongan padu peminat.
Episod pembukaan menyaksikan 14 daripada 20 peserta mara ke minggu kedua selepas memberikan persembahan luar biasa. Walau bagaimanapun, perjalanan terpaksa berakhir lebih awal buat Yusriansyah, BFORE3, BOISOVER, Iqmal Romi, Esther, dan Jill Gaisah. Dalam keputusan dramatik, Rezza Shah diberikan imuniti pada saat akhir, menjadikannya peserta ke-14 yang mara ke peringkat seterusnya.
Peserta Zazzleen memukau juri dan penonton dengan persembahan lagu “I’m Outta Love,” manakala Kai Deva dinobatkan sebagai Peserta Paling ‘FIZZ.’ Beliau akan berduet bersama Datuk Nash pada minggu hadapan, memberikan cabaran baharu untuk menonjolkan kebolehannya. Juri tetap, Datuk Yusry Abdul Halim, Ziana Zain, dan Cakra Khan, memberikan penilaian berdasarkan gabungan persembahan langsung (70%) dan saringan awal (30%), menjadikan setiap persembahan penuh mendebarkan.
Minggu kedua CSOIAM bakal membawa tema menarik, “Melodi Indah, Segar Membara,” di mana para peserta bakal mempersembahkan lagu-lagu hit lama yang diberi nafas baru. Adakah mereka mampu menawan hati juri dan penonton dengan kreativiti serta X-faktor yang dinanti? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan keajaiban ini secara langsung di TV3 setiap Ahad, jam 9.00 malam, atau strim dalam kualiti HD di Tonton melalui laman sesawang rasmi: tonton.com.my/calpissodaOIAMTV3.
Jangan ketinggalan untuk mengambil bahagian dalam cabutan bertuah dengan hadiah utama sebuah PEUGEOT Landtrek bernilai RM123,000! Caranya mudah—imbas kod QR yang dipaparkan semasa sela iklan, jawab soalan dengan pantas dan tepat, dan anda mungkin menjadi pemenang bertuah minggu ini!
Undian rasmi untuk peserta kegemaran anda akan bermula pada minggu kedua, dengan keputusan mingguan berdasarkan gabungan 60% markah juri dan 40% undian penonton. Daftar di Tonton untuk mendapatkan 10 undian percuma, atau tingkatkan sokongan anda dengan membeli produk Calpis di Shopee untuk menebus tambahan 50 undian.
CSOIAM adalah hasil kolaborasi antara Calpis Soda, TV3, dan Tonton, bersama sokongan rakan penaja seperti PEUGEOT, Yes5G, dan OPPO. Rakan digital seperti SAYS, OhBulan!, XTRA, dan Seismik turut memainkan peranan penting, manakala rakan radio Hot FM dan Fly FM memastikan capaian lebih luas kepada peminat.
Untuk sorotan eksklusif, saksikan “Calpis Soda One In A Million: Fizz Journal” yang bersiaran setiap Khamis hingga Sabtu, jam 9.00 malam bermula 26 Disember. Jangan lupa mengikuti akaun media sosial rasmi di @CalpisSodaOIAMTV3 untuk perkembangan terkini.
CSOIAM bukan sekadar hiburan; ia satu pengalaman unik yang menghubungkan bakat dan peminat muzik tanah air. Pastikan anda tidak ketinggalan menyokong peserta kegemaran anda dan menikmati persembahan yang pasti menggamit emosi dan inspirasi pada minggu hadapan.