“Berbagi Hati” OST Terbaru dari Khai Bahar & Wany Hasrita

Berbagi Hati

Khai Bahar, penyanyi lelaki popular yang baru saja meraih penghargaan di ABPBH35, kembali berkolaborasi dengan Wany Hasrita dalam single terbaru yang menyentuh hati, “Berbagi Hati“. Lagu ciptaan Amylea dan diterbitkan oleh Sony Music Malaysia ini menjadi OST drama bersiri “Berbagi Suami” yang akan ditayangkan pada 2 Disember 2024 di Astro Prima dan Radiusone.

“Berbagi Hati” merupakan kolaborasi rasmi kedua Khai dan Wany, meskipun keduanya sering berduet di berbagai acara panggung di Malaysia dan Singapura. “Wany merupakan penyanyi seangkatan dengan saya kerana kami mula-mula menapak dalam industri muzik sekitar tahun 2016,” ujar Khai.

Wany merasa terhormat dapat bekerjasama dengan Sony Music dan Khai Bahar dalam projek ini. “Sejujurnya saya sangat berterima kasih buat Sony Music kerana sudi bekerjasama dengan saya untuk menghasilkan single ini. Saya amat berbesar hati diberi kepercayaan untuk menyanyikan karya ciptaan insan-insan hebat, ditambah pula dapat berkolaborasi dengan rakan seni yang mempunyai nama besar seperti Khai Bahar dalam industri muzik kita,” katanya.

Lagu “Berbagi Hati” mengusung genre balada yang mengisahkan tentang pasangan kekasih atau suami isteri yang terikat dengan kenangan masa lalu. Bayangan cinta lama menghantui mereka, namun mereka tetap berusaha untuk memperjuangkan cinta yang baru. “Inilah mesej yang cuba disampaikan melalui lagu ini, kompleksiti dalam percintaan, perjuangan emosi dan keinginan untuk bahagia semula,” jelas Wany.

Khai dan Wany telah lama saling mengenal, sehingga proses rakaman lagu ini berjalan lancar. “Saya senang bekerjasama dengan Wany kerana sudah lama mengenali diri masing-masing. Nota suara kami juga seakan sama dan serasi apabila digandingkan, terutamanya ketika menyanyikan lagu-lagu bergenre balada dan tradisional,” kata Khai.

“Kami tidak mengambil masa yang lama untuk merakamkan lagu ini kerana sudah kenal dengan dinamik suara masing-masing, jadi proses rakaman berlangsung dengan mudah. Selain itu, kami banyak berbincang bagaimana hendak memberi ‘warna’ dalam lagu ini agar setiap karya yang kami nyanyikan bersama nampak berbeza dan tidak kedengaran mendatar,” tambahnya.

Sebagai seorang isteri, ibu, dan penyanyi profesional, Wany mengakui bahwa menjalani peran tersebut bukanlah hal yang mudah. “Secara jujur, ia bukanlah sebuah proses yang mudah namun mampu untuk dilaksanakan. Saya bersyukur kerana mempunyai ‘support system’ yang kuat, suami dan keluarga banyak membantu,” ungkapnya.

Selain bernyanyi, Khai juga aktif berlakon dalam beberapa drama bersiri. “Sebagai anak seni, saya mahukan setiap lakonan mahupun nyanyian mendapat perhatian, jadi besar harapan saya bersama Wany jika lagu ini dapat diterima oleh semua pendengar, semoga penggemar muzik tanah air sukakan lagu ini dan selamat menonton drama bersiri ‘Berbagi Suami’ yang bakal ditayangkan,” tutup Khai.

“Berbagi Hati” telah tersedia di berbagai platform digital seperti Apple Music, Deezer, KKBox, dan Spotify. Video musiknya akan dirilis pada 29 November 2024 di saluran YouTube sonymusicMYVEVO.