Astro Lancar Kempen ‘Astro’s Big Thank You’ untuk Menghargai Pelanggan

Astro, peneraju utama dalam industri hiburan di Malaysia, kini memperkenalkan kempen ‘Astro’s Big Thank You’ sebagai tanda penghargaan kepada setiap pelanggan setia mereka. Kempen ini menawarkan lebih dari sekadar hiburan, dengan pelbagai hadiah menarik termasuk 17 saluran tambahan, kenaikan taraf kepada Ultra dan Ulti box secara percuma, serta penebusan filem Astro First tanpa kos tambahan, untuk memastikan setiap isi rumah dapat menikmati pengalaman hiburan terbaik.

Hadiah yang ditawarkan meliputi sehingga 17 saluran tambahan yang menyajikan kandungan menarik dalam pelbagai kategori seperti filem, drama, berita, hiburan, dan saluran kanak-kanak. Pelanggan juga berpeluang menaik taraf kepada Ultra dan Ulti box untuk pengalaman penstriman yang lebih berkualiti, serta menebus filem-filem blockbuster dari Astro First untuk tontonan terus di rumah. Semua ini boleh dinikmati tanpa sebarang bayaran tambahan. Untuk mengetahui kelayakan tawaran ‘Astro’s Big Thank You’, pelanggan hanya perlu memuat turun dan log masuk ke aplikasi My Astro.

Menurut Tai Kam Leong, Ketua Jualan & Pemasaran Astro, “Di Astro, kami menganggap pelanggan sebagai kekuatan utama dalam segala yang kami lakukan. Dengan kempen ganjaran terbesar kami, ‘Astro’s Big Thank You’, kami ingin menunjukkan penghargaan kepada pelanggan dengan memberikan hadiah istimewa untuk meningkatkan pengalaman hiburan mereka. Kami ingin para pelanggan kami merasai kemeriahan semua yang kami tawarkan sebagai cara kami berterima kasih atas sokongan dan kesetiaan mereka memilih Astro sebagai sumber hiburan utama.”

Istimewa Cuti Sekolah: Home of Kids (Saluran 100)

Untuk menambah keceriaan sempena cuti sekolah, pelanggan Astro akan menikmati saluran tambahan ‘Home of Kids’ (Saluran 100) secara percuma dari 1 hingga 31 Disember 2024. Saluran ini menawarkan kandungan terpilih daripada Astro Ceria, Nickelodeon, Nick Jr., Moonbug, dan DreamWorks, memberikan hiburan tanpa henti untuk kanak-kanak. Saluran ini juga akan menyertai program ‘Home of Kids’ yang berlangsung dari 26 hingga 29 Disember 2024 di IOI Convention Centre, Putrajaya sempena cuti sekolah.

Melalui kempen ini, Astro sekali lagi menzahirkan komitmennya dalam memberikan hiburan premium yang mudah diakses oleh seluruh rakyat Malaysia.

Astro turut menawarkan JUALAN JIMAT BESAR dengan harga serendah RM41.99/sebulan dan pemasangan percuma untuk pelanggan baru. Pelanggan juga boleh meningkatkan pengalaman penstriman mereka dengan menambah Astro Fibre 500Mbps bersama Pek Primary hanya pada RM149.99/sebulan (Harga Runcit: RM239.99) untuk tempoh 24 bulan. Nikmati semua hiburan terbaik dalam satu pakej!

Untuk maklumat lanjut, pelanggan boleh log masuk ke aplikasi My Astro, layari astro.com.my atau WhatsApp ke 03-9543 3838.