JOZAN Kembali Menggeletek dengan Baik Punya Ah-Long: Filem Komedi Penuh Gelak Tawa – 2024

jozan

Duo komedi paling digemari di Malaysia, JOZAN, kembali menggegar pawagam dengan filem terbaru mereka, Baik Punya Ah-Long.

Menggabungkan Zizan Razak dan Johan, dua raja komedi ini sekali lagi bersatu untuk memberikan hiburan berkualiti tinggi yang dijamin membuatkan penonton ketawa tak henti.

Selepas kejayaan besar filem terdahulu, JOZAN kini tampil dengan watak ‘ah long’ yang unik dan lucu dalam sebuah cerita komedi yang berbeza daripada biasa.

Filem yang bakal ditayangkan di seluruh pawagam bermula 12 September ini diterbitkan oleh Astro Shaw dengan kerjasama Petra Vision Works dan Golden Screen Cinemas.

Baik Punya Ah-Long mengisahkan dua adik-beradik, Aloy dan Aley, yang memulakan perniagaan pinjaman wang atas desakan bapa angkat mereka.

Walaupun tiada pengalaman, mereka nekad mencuba, namun perniagaan mereka mula mencabar empayar ah long terkenal, Lan Panda, yang tidak mahu persaingan. Dengan plot penuh gelak ketawa dan pelbagai insiden lucu, filem ini pasti membawa keseronokan yang tidak terhingga.

Penonton juga akan disajikan dengan gandingan bintang besar tempatan termasuk Dato’ Afdlin Shauki, Liyana Jasmay, Adlin Aman Ramlie, Mia Sara Shauki, dan Chew Kinwah, yang menjanjikan lakonan hebat dan menghiburkan. Tambahan pula, terdapat penampilan istimewa daripada pelakon-pelakon terkenal seperti Douglas Lim, Sangeeta Krishnasamy, Carmen Soo, dan ramai lagi, menjadikan filem ini lebih menarik untuk ditonton. Arahan Dato’ Afdlin Shauki, pengarah yang sinonim dengan filem komedi seperti Baik Punya Cilok dan Papadom, memastikan filem ini sarat dengan humor segar dan penuh makna.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw dan Penerbit Eksekutif filem ini, kekuatan utama Baik Punya Ah-Long terletak pada kombinasi komedi dan lakonan hebat JOZAN yang sentiasa dinantikan oleh peminat mereka.

“Teaser comeback JOZAN sahaja sudah mendapat lebih 9.8 juta tontonan di media sosial, membuktikan betapa ramai yang teruja dengan kemunculan semula mereka.

Kami yakin filem ini bukan sahaja akan mencuit hati penonton, tetapi juga menyentuh elemen kekeluargaan, persahabatan, dan isu-isu sosial yang relevan,” tambah beliau.

Lebih menarik, filem ini mempertaruhkan 18 lagu yang dinyanyikan oleh para pelakon, memberikan dimensi tambahan kepada jalan cerita.

Dengan tagline “Semua Boleh Settle”, Baik Punya Ah-Long membawa mesej ringan tetapi mendalam tentang bagaimana setiap masalah mempunyai jalan penyelesaiannya.

Penonton pasti akan terhibur bukan sahaja dengan humor JOZAN, tetapi juga dengan tema yang relevan dan dekat dengan kehidupan seharian.

Jangan lepaskan peluang untuk menonton Baik Punya Ah-Long di pawagam seluruh Malaysia bermula 12 September 2024. Untuk peminat yang ingin berjumpa dengan barisan pelakon, sesi jelajah filem ini akan diadakan di Terengganu pada 13 September dan di Johor pada 14 September.

Gunakan #BaikPunyaAhLong di media sosial untuk berkongsi pendapat dan keterujaan anda. Saksikan bagaimana JOZAN kembali memeriahkan industri filem dengan komedi yang menggeletek hati dan penuh aksi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *