223 PEMENANG DIUMUMKAN, PEMILIK TQ WULING BINGO EV BAKAL DIDEDAHKAN TIDAK LAMA LAGI!

Pusingan pertama kempen Tonton Non Stop, On Top! melabuhkan tirainya dengan pengumuman seramai 223 pemenang, namun tumpuan utama masih terarah kepada identiti pemilik Hadiah Utama TQ Wuling Bingo EV yang hanya akan diumumkan pada majlis penyampaian hadiah rasmi dalam masa terdekat. Pengumuman itu sekali gus mencetuskan debaran dalam kalangan peserta yang mengikuti kempen tersebut sejak ia dilancarkan.

Selain hadiah utama yang masih menjadi tanda tanya, pelbagai hadiah menarik turut berjaya dimenangi menerusi kategori Naib Johan, Hadiah Saguhati dan Hadiah Saguhati Khas. Antara ganjaran yang telah diberikan termasuk 17 telefon pintar Oppo serta lebih 200 baucar tunai kepada peserta bertuah. Senarai penuh pemenang boleh disemak menerusi akaun rasmi Instagram Tonton.

Dalam masa yang sama, Pusingan 2 kini berlangsung dari 29 Jun hingga 12 Julai 2026, sekali gus membuka lembaran baharu buat semua peserta apabila kutipan mata terdahulu telah ditetapkan semula mengikut mekanisme kempen. Ini memberi peluang yang sama rata kepada semua pelanggan TontonUp untuk kembali bersaing merebut pelbagai hadiah menarik. Antara judul yang terlibat ialah:

Pusingan 2 (29 Jun – 12 Julai 2026)
ExhumaHijack 1971 
Dark Nuns The Moon 
The Priests Amazon Bullseye
The Ghost GameMidnight Runners 
Dr. Cheon And The Lost TalismanHopeless 
Peninsula Beautiful Audrey 
The Witch: Part 2. The Other OneRevolver 
SinkholeConfidential Assignment 2: International 
Concrete Utopia The Childe
Emergency DeclarationDecibel

Sepanjang tempoh kempen, pelanggan hanya perlu melanggan pelan TontonUp selama tiga atau 12 bulan sebelum menstrim filem-filem Korea terpilih di platform Tonton bagi mengumpul mata. Turut kembali ialah ganjaran Turboost yang menawarkan mata berganda pada setiap hujung minggu, termasuk pada 4 & 5 Julai serta 11 & 12 Julai 2026, sekali gus meningkatkan peluang peserta untuk menduduki carta teratas.

Turboost Minggu 3 (4 & 5 Julai 2026)Turboost Minggu 4 (11 & 12 Julai 2026)
Neraka Yang Terhijab Azure Spring 
Luka Di Hujung Setia I’m Calling Off the Engagement with the Male Lead 
Holy Night: Demon Hunters Shall We Date for Just One Day? 
The Roundup: No Way Out In This Life, I’m Trying to Save the Boss 
The Bad Guys: Reign Of Chaos Can Ghosts Be Laundered? 

Dengan semua peserta kini bermula semula dari kedudukan sifar, setiap tontonan mampu membawa mereka lebih hampir kepada kemenangan. Bagi mereka yang terlepas peluang pada pusingan pertama, inilah masa terbaik untuk bangkit dan memburu hadiah lumayan menerusi kempen Tonton Non Stop, On Top!.