10 Malam Terakhir Ramadan: Mencari Cinta dan Redha Ilahi

Menjelang penghujung Ramadan yang penuh keberkatan, program bual bicara eksklusif ‘10 Malam Terakhir’ bakal menemani penonton dengan perbincangan santai yang sarat inspirasi. Bersiaran secara langsung selama 10 malam terakhir Ramadan, program ini membawakan pelbagai topik menarik serta perkongsian bermakna yang mampu menyentuh hati dan memberi pengajaran berharga.

Jangan lupa saksikan ‘10 Malam Terakhir’ bermula 20 hingga 29 Mac 2025, jam 6.00 petang hanya di TV9 atau strim secara eksklusif menerusi aplikasi Tonton. Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyertai perjalanan penuh makna ini!

Program ini dikendalikan oleh hos utama, Ustaz Mohammad Yaakub Yusra, bersama pengacara versatil, Bell Ngasri. Mereka akan membawakan kupasan menarik sepanjang program. Turut diundang barisan tetamu jemputan istimewa termasuk selebriti, pendakwah, dan tokoh masyarakat yang akan berkongsi pandangan mereka mengenai persiapan menyambut malam Lailatulqadar, pengurusan kewangan menjelang Hari Raya, serta kepentingan zakat dan fidyah. Antara selebriti yang bakal memeriahkan program ini ialah Faizal Tahir, Tomok, Sharifah Shahira, Ropie, Ajai, Datuk Rashid Sidek, Datuk Ustaz Kazim Elias, dan Datuk Rosyam Nor.

Segmen khas Selera Ramadan Nopales juga bakal memikat selera penonton dengan idea-idea menarik untuk sahur dan berbuka. Hidangan yang ringkas, pantas tetapi tetap berkhasiat, sempurna untuk mereka yang inginkan masakan cepat tanpa mengorbankan kualiti dan rasa. Setiap episod akan menampilkan tema masakan yang berbeza, lengkap dengan tip berguna bagi menceriakan Ramadan anda.

Penonton juga berpeluang memenangi hadiah menarik berupa jam azan digital menerusi Kuiz Jawab & Menang! Jawab soalan dalam setiap episod dan hantar jawapan anda di ruangan komen Facebook dan Instagram TV9 Malaysia bersama slogan paling kreatif. Pemenang bertuah akan diumumkan di media sosial rasmi.

Disokong oleh Murtadha Dakwah Centre (MADAD) dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), program ini bukan sekadar bual bicara biasa, tetapi sebuah platform istimewa yang mengajak penonton mendalami dan menghayati keistimewaan 10 malam terakhir Ramadan. Jangan ketinggalan menyaksikan ‘10 Malam Terakhir’ dari 20 hingga 29 Mac 2025, jam 6.00 petang di TV9 Malaysia! Ikuti juga perkembangan terkini di media sosial rasmi Facebook, Instagram, X (Twitter) (@TV9Malaysia), serta TikTok (@TV9MalaysiaOfficial).