Suasana di Pavilion Bukit Jalil menjadi lebih meriah bermula hari ini apabila vivo Malaysia membuka tirai Superday Roadshow mereka yang berlangsung dari 6 hingga 10 Ogos 2025 di Orange Zone, Tingkat 2. Acara ini memberi peluang kepada orang ramai untuk mencuba sendiri dua peranti terbaharu vivo — vivo X Fold5 dan vivo X200 FE — yang telah mencuri perhatian ramai sejak pelancarannya.
vivo X Fold5 tampil sebagai peranti boleh lipat yang paling ringan dan paling nipis dalam kelasnya, dilengkapi dengan keupayaan AI yang memudahkan kerja seharian. Dengan sokongan sehingga lima paparan serentak, pengguna boleh menikmati pengalaman multitugas yang lancar, cekap dan menakjubkan. Sementara itu, siri vivo X200 pula menonjolkan kehebatan fotografi menerusi kerjasama bersama ZEISS, membolehkan pengguna merakam gambar panorama Kuala Lumpur dengan kualiti profesional dan ketajaman yang mengagumkan.
Selain daripada pengalaman teknologi secara langsung, pengunjung juga berpeluang membawa pulang hadiah istimewa dengan setiap pembelian. Bagi mereka yang memilih vivo X Fold5, satu unit vivo Smart Watch dan set kotak hadiah magnetik menanti. Untuk pembeli X200 FE pula, satu paddle pickleball profesional serta beg pakaian 20 inci disediakan selagi stok masih ada. Tidak dilupakan juga pembeli siri X200 atau X200 Pro yang akan menerima fon telinga TWS 3E dengan teknologi pembatalan bunyi aktif.
Menariknya, pengunjung tidak perlu membuat pembelian untuk turut serta dalam kemeriahan ini. Pelbagai aktiviti interaktif ditawarkan dan sesiapa yang menyertainya berpeluang menerima hadiah percuma sebagai tanda penghargaan. Lebih istimewa, ais krim percuma akan diberikan sepanjang hujung minggu sebuah tarikan yang pasti menggembirakan para pengunjung dari semua lapisan umur.
Roadshow ini bukan sahaja mempamerkan inovasi terkini vivo, tetapi juga menjadi platform untuk mendekatkan jenama ini dengan para pengguna. Orang ramai dijemput hadir dan menyertai keseronokan yang ditawarkan sepanjang lima hari ini. Untuk maklumat lanjut dan kemas kini terkini, ikuti vivo Malaysia di semua platform media sosial.