Varisha Collection Sdn. Bhd. dengan bangganya mengumumkan pelancaran koleksi eksklusif terbaharu mereka, “Raya Series”, yang akan berlangsung selama empat hari dari 9 hingga 12 Januari 2025 di Central i-City, Shah Alam. Pelancaran ini juga menjadi acara yang penuh bermakna dengan pelantikan Amira Othman, penyanyi dan pelakon terkenal, sebagai duta selebriti rasmi Varisha. Dalam pada itu, Amira turut melancarkan lagu terbaharu beliau yang berjudul “Bila Nak Kahwin”.
Lagu “Bila Nak Kahwin” yang dikeluarkan oleh Sony Music Malaysia hasil kerjasama dengan Emiera Othman Ventures, telah dilancarkan secara rasmi pada 10 Januari 2025, manakala video muzik lagu tersebut akan ditayangkan pada 11 Januari 2025 tepat jam 3 petang. Lagu bergenre pop ini adalah hasil ciptaan dua komposer terkenal, Iqie Hugh dan Omar K, bersama Amira sendiri.

Di acara pelancaran “Raya Series”, Varisha memperkenalkan fabrik “Ultra Comfort Cotton Voile”, yang direka dengan teknologi 60s Compact-Siro Spun, menawarkan kelembutan luar biasa dan ketahanan tinggi. Fabrik ini sangat sesuai untuk kegunaan harian serta acara istimewa. Ciri-cirinya yang mudah dibentuk, ringan, beralun, anti kedut dan tidak memerlukan seterika menjadikannya pilihan ideal bagi wanita yang mementingkan gaya dan keselesaan. Koleksi ini tidak hanya mencerminkan keanggunan, tetapi juga memberikan keselesaan maksimum sepanjang hari.
Pada 11 Januari 2025, acara kemuncak akan diadakan dari 2 petang hingga 4 petang, di mana Amira Othman akan membuat persembahan eksklusif, menyanyikan lagu terbaru beliau, “Bila Nak Kahwin”, serta beberapa lagu popular seperti “Hati-Hati” dan “Jaga-Jaga”. Para peminat juga berpeluang bertemu dengan Amira secara langsung melalui kempen “Beli Satu Item dan Berpeluang Jumpa Amira Othman” yang dijangka akan menarik ramai pengunjung.

Bagi menjayakan pelancaran ini, Varisha telah melaksanakan pelbagai usaha promosi seperti kempen media sosial, kerjasama dengan influencers, serta kolaborasi bersama Key Opinion Leaders (KOLs) dan liputan media yang meluas. Semua usaha ini bertujuan untuk memperkukuh imej Varisha sebagai jenama yang melambangkan keyakinan dan kebebasan wanita moden dalam memilih gaya mereka setiap hari.
Dengan slogan “Varisha for EVERYONE, EVERYDAY“, jenama ini berkomitmen untuk terus menghasilkan produk berkualiti tinggi yang memenuhi keperluan wanita masa kini, memastikan mereka berasa yakin dan selesa dalam setiap aspek kehidupan.